Skip to main content

Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak


KUALA LUMPUR  -- Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim tampil mengesahkan telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes cabul remaja bawah umur.

"Saya telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis dan saya harap semua pihak tidak memanjangkan perkara ini kerana ia menjejaskan maruah anak perempuan tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan rasa kesal apabila kes tersebut tular di media sosial memandangkan pihak keluarga remaja terbabit telah menarik balik laporan polis yang dibuat. 

"Saya tertanya-tanya kenapa tular? Kenapa kes itu dikeluarkan? Kes ini keluarga dah tarik balik, tapi yang buka cerita ini adalah tuan-tuan (media sosial).

"Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak dan gambar serta kad pengenalan dia dipamerkan. Kasihan kanak-kanak ini sebab dia bukan ada apa-apa kepentingan," kata Shahidan yang turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan perkara itu.  

Bekas Menteri Besar Perlis itu tidak menolak penularan kes itu ada kaitan dengan motif politik, lapor Bernama.

"Saya sebagai orang politik sudah pasti akan dibuat macam-macam oleh musuh-musuh politik, tetapi saya akan menghadapinya dengan rela dan reda," katanya.

Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan perkara tersebut.  

Semalam, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata siasatan kes cabul remaja berusia 15 tahun itu yang membabitkan seorang anggota Parlimen di Perlis, hampir selesai setelah pihak polis  merekodkan  keterangan 10 individu termasuk kenyataan suspek di Bukit Aman. 

Noor Mushar berkata pihaknya menjangkakan kertas siasatan siap dalam masa terdekat dan dihantar ke Bukit Aman untuk penelitian sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.  

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...