Skip to main content

Saya mahu berhenti kerja dan balik kampung


GEORGE TOWN -- "Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu kejadian tanah runtuh. Saya tunggu jasad adik saya hingga dia dijumpai. Hati saya menangis… Tuhan saja yang tahu, betapa sedih dan sukarnya saat ini".
Itu luahan abang kepada Mithu Hossain, 30, mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, yang mayatnya ditemukan pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Hossain Mohamad Ripon, 32, yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang selepas proses pengecaman mayat adiknya itu berkata kali terakhir dihubungi adiknya ialah pada Rabu lepas melalui panggilan video.
"Hari Rabu dia ada buat video call kepada saya, tapi saya jawab saya tengah sibuk...saya tengah kerja dan tak senang sekarang (waktu dihubungi adik). Tapi selepas itu saya terlupa nak hubungi dia semula. Memang saya rasa terkilan," katanya yang telah lama tidak menemui adiknya.
Ekoran dugaan yang melanda diri dan keluarganya, Hossain yang bekerja kilang itu berkata beliau tidak mahu lagi tinggal di Malaysia dan akan pulang menetap di Bangladesh.
"Selepas ini saya mahu beritahu majikan untuk berhenti kerja dan akan bawa adik saya pulang ke kampung halaman di Kadambari, Jessore, Bangladesh dan saya juga mahu terus menetap di sana bersama  ibu bapa dan seorang lagi adik," katanya yang mengecam mayat adiknya yang mempunyai janggut dan bertindik telinga.
Mayat Mithu ditemukan bertindan dengan rakan sekampungnya Mustak Hossain, 25, di bawah empat meter timbunan tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan enam pekerja asing maut, tiga cedera manakala empat lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Mereka yang ditemui maut setakat ini ialah dua warga Indonesia, tiga lelaki Bangladesh serta seorang wanita Myanmar.
Sementara itu, mayat dua rakyat Indonesia kejadian tanah runtuh yang ditemui Jumaat lepas, dituntut oleh keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini.
Mayat Samsul Asman, 19, dan Bahtiar, 36, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.08 tengah hari ini dan dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 6 petang ini.
Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Jakarta dan Kendari (ibu kota Sulawesi Tenggara) dan dijangka tiba di Indonesia pada Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...