Skip to main content

Saya serahkan kepada Allah - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR -- Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya mahkamah adalah  tempat terbaik untuk beliau membela diri terhadap 45 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang dihadapinya.
Presiden UMNO itu juga berkata beliau redha dengan semua pertuduhan itu walaupun  niat baiknya  melakukankan kerja amal dianggap sebagai melanggar perundangan.
“Saya akan guna mahkamah sebagai tempat terbaik bukan hanya sebagai tempat untuk melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi untuk menjelaskan perkara  yang sebenar termasuk dalam pertuduhan berkenaan.
“Apa pun pendapat yang berbeza di luar sana dalam kalangan masyarakat saya serahkan kepada Allah untuk menentukan dan dengan kerja-kerja baik yang saya buat dengan niat untuk menegakkan agama Allah, mudah-mudahan Allah beri perlindungan kepada saya,” katanya selepas selesai sesi pendakwaan di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid juga mengambil kesempatan berjumpa dengan ratusan penyokongnya yang telah menunggu lama sejak 7 pagi tadi.
Anggota  Parlimen Bagan Datuk itu turut berkata beliau akan membuktikan bahawa  usahanya membina beberapa premis seperti maahad taafiz, masjid, surau, dan rumah  anak yatim  menggunakan  dana sebuah yayasan adalah dengan niat baik dan tiada penyelewengan berlaku.
“Ini bagaimanapun bukan tempat terbaik untuk saya menjelaskan perkara ini, tetapi di mahkamah nanti saya akan perjelaskan,” katanya.
Turut hadir adalah isteri kepada bekas Menteri Dalam Negeri itu, iaitu Datin Seri Hamidah Khamis dan anak mereka Datuk Nurulhidayah.
Ahmad Zahid meninggalkan perkarangan mahkamah pada kira-kira pukul 1.15 petang menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser.
Ahmad Zahid ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 3.15 petang semalam berhubung siasatan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan dia diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan itu. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...