Skip to main content

Saya tak yakin dia dapat mentadbir negara


PORT DICKSON -- Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengakui penyertaannya pada PRK itu bagi menghalang bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya menjadi perdana menteri.
Katanya ini kerana beliau tidak yakin Ketua Umum PKR itu mampu mentadbir negara ini dengan baik.
“Seperti yang saya jelaskan (sebelum ini), penyertaan saya ini bukan  mengenai  dendam peribadi atau isu peribadi semasa saya dengan Anwar dan perkara itu saya anggap sudah berlalu... sudah 10 tahun. 
“Saya sudah berjanji saya tidak mahu serang peribadi tetapi saya secara peribadi saya kenal siapa dia (Anwar). Secara peribadi saya tak yakin dia dapat mentadbir negara ini dengan baik dan PRK ini telah  menggunakan wang rakyat semata-mata untuk mengangkat agenda peribadi beliau," katanya dalam temu bual eksklusif.
Mohd Saiful Bukhari, 33 yang menafikan penyertaannya dalam PRK itu ditaja pihak tertentu, berkata  keputusan tersebut dibuat selepas beliau menimbang pelbagai faktor termasuk rasa kecewa apabila  kerusi berkenaan dikosongkan secara sengaja demi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
 Anak kelahiran Johor Bahru itu berkata selain menyekat Anwar, penyertaannya juga  adalah sebagai isyarat kepada parti-parti politik supaya tidak mengambil mudah amanah yang telah diberikan rakyat kepada wakilnya.
"Saya sebagai anak muda, saya mahu memberi satu isyarat bahawa rakyat di luar ini sudah muak dan tak boleh terima sistem demokrasi kita ini dimomokkan sedemikian rupa. Jadi saya harap dengan penentangan saya ini (terhadap pengosongan kerusi) dan jika rakyat terima, kita harap ia ditamatkan," katanya, lapor Bernama.
Menurutnya walaupun tiada jentera kempen yang besar membantunya, beliau akan memaksimumkan penggunaan media sosial untuk meraih sebanyak mungkin sokongan.
"Selain penggunaan teknologi, saya juga akan berkempen secara tradisional iaitu bersemuka dan sekiranya ‘crowd’ tidak ramai, maka kita akan buat siaran langsung dalam laman sosial Facebook (FB live)  dan sebagainya supaya masyarakat Port Dickson dapat melihatnya," katanya.  
Ditanya tentang persepsi dan penerimaan rakyat terhadap dirinya ketika berkempen memandangkan beliau sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi yang menggegarkan negara, Mohd Saiful Bukhari berkata itu merupakan cabaran baginya  untuk meyakinkan rakyat.
“Ada juga yang bertanya dan itu cabaran pertama saya yang perlu saya jelaskan.. dalam masa dua tiga hari ini itulah soalannya. Jadi memang kita perlu jelaskan bahawa saya betul-betul serius saya datang ke sini untuk mewakili mereka dan bukannya buat sibuk mahu ingatkan orang mengenai kisah lama,” katanya.
Beliau berkata PRK Parlimen Port Dickson merupakan penyertaan rasminya dalam arena politik dan akan terus aktif berpolitik walaupun kalah pada pilihan raya itu.
Selain Mohd Saiful Bukhari dan Anwar, PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan persaingan tujuh penjuru turut melibatkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat lagi calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, penyandang kerusi berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
 Pada 12 Sept lalu, Danyal mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada PRK dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Okt sebagai hari pengundian dan 9 Okt hari pengundian awal.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...