Skip to main content

Saya telah beri keterangan apa yang saya tahu


KUALA LUMPUR -- Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan pentadbiran kerajaan terdahulu.
Tengku Adnan (BN-Putrajaya) berkata beliau tiada kena-mengena dengan kelulusan (penjualan) tanah di Wilayah Persekutuan sepanjang memegang jawatan sebagai menteri.
"Waktu saya ambil alih kementerian (Wilayah Persekutuan) pada 2013, masalah tanah saya dah pulang kepada Jabatan Perdana Menteri, saya tidak ada kena-mengena atas kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan.
"Ramai kata saya tidak dipanggil oleh SPRM, yang sebenarnya saya telah dipanggil lebih 12 kali dan saya telah beri keterangan apa yang saya tahu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat.
Tengku Adnan bangun membuat penjelasan itu sebelum bertanya soalan tambahan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berhubung berapa banyak tanah yang diberikan di atas nama DBKL sepanjang beliau (Tengku Adnan) menjadi menteri. 
Ketika menjawab soalan itu, Khalid berkata beliau mengakui ada beberapa tanah yang asalnya milik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ditukar nama kepada DBKL dan kemudiannya dijual DBKL untuk memberikan hasil kepada pihak berkuasa tempatan itu.
"Bagaimanapun, itu tidak menafikan bahawa hasil rundingan, kita telah mendapat RM149 juta lebihan, yang mana bukti jelas tanah itu telah dijual lebih murah daripada sepatutnya. 
"Walaupun kita akui bukan hanya DBKL dan Kementerian Wilayah sahaja yang terlibat, ada Exco tanah juga terlibat yang kita tahu Putrajaya (Tengku Adnan) tidak terlibat, tetapi kita harus akui ada transaksi yang dibuat tidak ikut prosedur, tidak perlu kita buat tuduhan-tuduhan dalam Dewan, kami daripada kementerian dan DBKL akan beri sokongan penuh kepada SPRM supaya apa yang berlaku terdedah sepenuhnya supaya rakyat tahu," katanya.
Terdahulu, Khalid berkata kementeriannya masih belum menerima sebarang makluman terkini daripada SPRM berhubung siasatan 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik DBKL ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
Pihaknya hanya menerima surat bertarikh 7 Ogos lepas daripada SPRM yang memaklumkan DBKL boleh meneruskan kebenaran dalam mengeluarkan kelulusan dan tidak perlu ditangguhkan lagi (transaksi) kerana ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan SPRM, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...