Skip to main content

Saya tidak pernah meminta Tun M memohon maaf


KUALA LUMPUR -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung perselisihan mereka pada 1998.

“Saya telah memaafkan beliau atas kapasiti peribadi, begitu juga bekas perdana menteri Najib.
Saya tidak pernah meminta beliau memohon maaf dan saya sentiasa tegas dengan anda (pemberita) bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya.

"Lupakan masa lalu dan tumpukan kepada masa depan, anda (pemberita) yang membangkitkan perkara itu," kata beliau kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Mahatma Gandhi di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose di sini.

Anwar diminta mengulas wawancara Dr Mahathir dalam program bual biacara HARDtalk menerusi BBC baru-baru ini apabila Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf kepada Anwar. 

"Tetapi dengan Tun Mahathir, Saya tidak fikir ia perlu kerana beliau komited kepada agenda pembaharuan, beliau telah menerima saya sebagai rakan. Saya fikir itu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya," kata beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyentuh mengenai amalan pemaafan dan prinsip yang diterapkan oleh Gandhi, tokoh pembaharuan India yang ulung dan juga tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...