Skip to main content

Sekeluarga terjun sungai sebab masalah hutang


KANGAR -- Tekanan perasaan akibat hutang mendorong  satu keluarga dari  Sungai Petani Kedah terjun ke dalam Sungai Arau di sini.
Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad berkata perkara ini menjawab  misteri penemuan  mayat tiga sekeluarga di Sungai Tambun Tulang dan Sungai Arau semalam.
Mayat Baharom Ahmad, 66, ditemukan di pintu tali air Sungai Tambun Tulang, di Simpang Empat,  isterinya Norma Pin, 64, di Sungai Tambun Tulang dan anak mereka Norzalina, 35, ditemukan di Sungai Arau berhampiran Kampung Belat Batu. Ketiga-tiga mereka dipercayai lemas antara pukul 8.35 pagi dan 12.10 tengah hari semalam.  
Noor Mushar berkata misteri penemuan itu terjawab hasil keterangan anak lelaki keluarga itu, Mohd Zali,37, yang mengaku terjun ke dalam Sungai Arau bersama keluarganya pada 2.45 pagi Rabu, tetapi mengubah  fikiran di saat akhir dan berenang ke tebing sungai, manakala ayah, ibu serta adiknya hanyut dibawa arus. 
Beliau berkata Mohd Zali yang tiada pekerjaan tetap, kemudian  pulang ke Sungai Petani dengan menaiki keretapi di Arau pagi semalam dan ditahan malam tadi hasil maklumat orang ramai.
Noor Mushar berkata keempat-empat beranak itu menaiki keretapi dari Sungai Petani ke Arau pada pagi hari Selasa dan kemudian menaiki teksi ke Kampung Bakong.
Menurut Mohd Zali mereka memilih Kampung Bakong kerana ia adalah kampung asal ibunya.
Noor Mushar berkata  barangan peribadi keluarga itu antaranya satu bentuk cincin, satu telefon bimbit, beg tangan,  baju dan ubat ditemui di bawah jejambat lebuh raya Kuala Perlis-Changlun pada pukul 4.40 petang semalam.
Polis juga menemui kesan orang tergelincir ke dalam sungai di tempat barang-barang itu ditemui.
Polis hari ini mendapat perintah menahan reman Mohd Zali selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...