Skip to main content

Selepas enam bulan akhirnya...


PUTRAJAYA -- Lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lepas ditahan polis, Isnin.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan penahanan itu berkata pihaknya akan mengambil alih kes itu selepas siasatan yang dijalankan polis selesai.
Beliau berkata jabatan itu akan bekerjasama dengan kedutaan Syria untuk membolehkan lelaki itu dihantar pulang atau keluar dari Malaysia selepas ini.
"Lelaki itu ditahan polis semalam kerana berada di kawasan larangan lapangan terbang tanpa boarding pass (pas menaiki penerbangan).
"Kita akan selesaikan segera isu ini dengan kedutaan Syria… kes ini  perlu ada penyelesaian kerana ia memalukan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Narrowcasting Media dan Visa serta Pas Malaysia versi baharu di sini, hari ini.
Mustafar berkata Hassan yang bertindak memalukan Malaysia melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki Malaysia 7 Mac lepas memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera.
“Walau apa juga alasannya, kita tidak akan berkompromi dan akan pastikan kes ini ditutup dengan lelaki itu dikeluarkan dari negara ini”, katanya. 
Mustafar berkata sebelum ini, Hassan telah cuba memasuki Kemboja selepas tempoh pas lawatannya ke Malaysia berakhir tetapi tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan negara itu.
"Di sana, dia tidak dibenarkan masuk kerana sebab tertentu dan balik semula ke Malaysia. Dia usahakan pelbagai cara dan keluarkan kenyataan yang memalukan negara kita di media sosial," katanya, lapor Bernama.
Mengikut laporan akhbar, Hassan, 36, mendakwa tinggal di klia2 sejak 7 Mac lepas kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria.
Sepanjang tempoh itu, Hassan menghantar blog video tentang kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...