Skip to main content

Separuh badan saya tertimbus


GEORGE TOWN -- Mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini, Nor Azizah berkongsi detik-detik insiden itu yang turut membabitkan suaminya, Subairi, seorang warga Indonesia.
Nor Azizah, 24, yang merupakan warga Kemboja itu berkata ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang kongsi dan suaminya itu berada di satu sudut ruang menonton televisyen di rumah mereka.
"Ketika itu hujan baru berhenti dan saya terdengar macam bunyi kuat runtuhan tanah dan ia sekelip mata turut terkena di rumah kami yang mana separuh badan saya tertimbus.
"Suami ketika itu sudah jatuh dan tertimbus ke dalam tanah. Saya tidak dapat melihatnya lagi selepas berlaku runtuhan itu. Saya pula ketika itu ditolong oleh lima orang untuk menarik saya keluar,” kata ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang berusia dua tahun setengah ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Sehingga kini jasad Subairi yang berasal dari Wasilomata, Buton Tengah, Sulawesi, Indonesia itu masih belum ditemui.
Bercerita lanjut, Nor Azizah yang setia menanti jasad suaminya di Jabatan Forensik itu berkata pada hari kejadian suaminya tidak bekerja dan mereka menghabiskan masa berehat di rumah kongsi itu.
Katanya beliau baru tinggal di Malaysia selama tiga bulan bagi menemani suaminya yang telah bekerja di sini selama lapan bulan. Anak pasangan berkenaan berada di Indonesia.
Nor Azizah berkata beliau reda dengan insiden dan dugaan yang menimpanya dan amat berharap jasad suaminya ditemui.
"Sangat-sangat harap suami ditemui dan setelah dijumpai, kami akan membawa suami pulang ke kampungnya. Semua sanak saudara, anggota keluarga dan anaknya tinggal di sana. Mereka juga sudah dimaklumkan dan menunggu jawapan (penemuan) ini,” katanya yang kelihatan sedikit pulih dan enggan lagi mengenang memori hitam itu.
Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala lima lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Mereka yang ditemukan maut setakat ini ialah dua warga Indonesia, seorang lelaki Bangladesh serta seorang wanita Myanmar.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...