Skip to main content

Setiap pagi adalah bonus - Siti Hasmah


KUALA LUMPUR -- Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menasihati rakyat di negara ini agar menganggap setiap hari sebagai suatu ‘bonus’ dan menghabiskan hari- hari  tersebut dengan melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan juga orang lain.
Dr Siti Hasmah, 92, berkata setiap orang perlu sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa bagi kehidupan yang dikurniakan kepada mereka. 
“Hari ini kita boleh buka mata setiap pagi… setiap pagi adalah bonus bagi kita... selagi Allah rahmati kita dengan bonus yang kita peroleh pada setiap pagi, ia bermakna kita ada lebih (masa) untuk melakukan perkara-perkara baik,” katanya semasa merasmikan Hari Warga Emas Sedunia 2018 di Pusat Perubatan  Universiti  Malaya.
Beliau juga menarik perhatian hadirin terhadap pengorbanan enam penyelam Unit Penyelamat di Air  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang maut semasa  operasi mengesan  seorang  remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik bekas lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.
“Satu lagi kumpulan individu yang jauh lebih muda daripada kita mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya sambil menyampaikan salam takziah kepada keluarga penyelam terbabit. 
Terdahulu, Dr Siti Hasmah yang berbaju kurung merah jambu meluangkan masa lebih dua jam dan turut melakukan senaman ringan bersama-sama peserta program yang keseluruhannya terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.
Beliau juga menyifatkan kehadirannya pada majlis berkenaan membuatkan beliau "berasa muda" kerana  dapat berkumpul dengan rakan seusia meskipun memiliki jadual harian yang padat.
“Saya berasa sangat muda hari ini… dapat berkumpul seperti ini… mereka memainkan lagu-lagu lama yang kita semua dengar sewaktu muda-muda dahulu,” katanya, lapor Bernama.
Dr Siti Hasmah yang gembira menerima hadiah sebuah harmonika  secara  berseloroh  berkata  beliau mungkin mainkan instrumen muzik itu untuk suaminya (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan  disambut  gelak ketawa peserta yang hadir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...