Skip to main content

Sila buat laporan polis - IGP


KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan semasa menjalankan penggeledahan dan rampasan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences, pada Jun lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan keselamatan itu memandang berat dakwaan dilemparkan kerana ia mencalar kredibiliti PDRM, apatah lagi dalam kes berprofil tinggi sedemikian.
“Kesemua pegawai dan anggota dipilih menjalankan penggeledahan dan rampasan diberi taklimat dengan terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan kesemua mereka menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang.
“Dalam penggeledahan itu, PDRM turut dibantu pihak Pavilion Residences dan Bank Negara Malaysia bagi mengelak sebarang pertikaian di kemudian hari,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad Fuzi berkata demikian bagi menjawab tohmahan liar berlaku penyelewengan oleh  PDRM apabila sejumlah RM43.3 juta daripada keseluruhan wang tunai dirampas di Pavilion Residences, didakwa lesap.
Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu agar membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.
”Tindakan ini wajar bagi membersihkan nama dan imej PDRM. Dalam masa sama, kami ingin menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang menimbulkan spekulasi negatif atau menyentuh sensitiviti perkauman sehingga boleh mengeruhkan keadaan,” katanya, lapor Bernama.
Rabu lepas, UMNO menuntut ganti rugi RM43.3 juta daripada PDRM susulan dakwaan kehilangan wang parti itu ketika serbuan dan rampasan pihak berkuasa berkenaan di sebuah apartmen di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan, Jun lalu.
Tuntutan itu dibuat menerusi permohonan terkandung dalam writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 21 Sept lepas .
UMNO mendakwa wang disimpan di apartmen milik Najib itu adalah RM160 juta, bukannya RM116.7 juta seperti diumumkan polis.
Khamis lepas, penulis blog Raja Petra Kamarudin menerusi blognya, mendakwa polis mencuri RM43.3 juta daripada RM160 juta wang UMNO yang dirampas di enam premis termasuk tiga di Pavilion Residences.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...