Skip to main content

SPR harap PRK Port Dickson yang terbaik


PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai contoh pilihan raya adil dan bersih selaras dengan visi dan matlamat suruhanjaya berkenaan sebagai institusi pilihan raya yang efisien, adil dan beramanah.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun turut mengingatkan dan menyarankan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada PRK itu agar mematuhi undang-undang, peraturan dan etika berkempen sepanjang tempoh rasmi selama 14 hari bermula Sabtu lepas, sehingga 11.59 malam, 12 Okt ini.
"SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam demi menjamin satu pilihan raya yang bersih, beretika dan adil," katanya dalam kenyataan.
Azhar seterusnya menyeru agar setiap calon atau parti politik bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya seperti mengadakan majlis penjamuan serta pemberian hadiah dan barangan bagi tujuan memancing undi.
"Penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen berunsurkan perkauman serta menyentuh sensitivi agama juga tidak dibenarkan. Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Bagi memastikan proses PRK itu berjalan dengan aman dan harmoni, Azhar meminta semua pihak termasuk penyokong parti politik mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa lain. 
"Menjadi tanggungjawab semua calon dan parti politik yang bertanding bagi memastikan segala aktiviti kempen itu tidak menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengundi di PRK tersebut," katanya, lapor Bernama.
Azhar berkata jika ada mana-mana pihak melakukan pelanggaran undang-undang dan peraturan semasa tempoh rasmi kempen pilihan raya, maka laporan atau aduan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa dengan segera agar tindakan selanjutnya boleh diambil.
SPR juga mengingatkan semua pihak bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi (13 Okt). 
“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,” katanya. 
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
SPR menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt untuk pengundian awal.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...