Skip to main content

Stevie Chan nafi ditaja Tun M, Azmin


PORT DICKSON -- Calon Bebas Stevie Chan Keng Leong menepis dakwaan kononnya beliau ditaja oleh individu berkepentingan termasuklah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD).
Tegasnya, beliau bukanlah calon PRK yang 'ideal' untuk ditaja oleh mana-mana pihak berkepentingan.
"Ramai kata saya bertanding kerana ditaja oleh Azmin ( Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) la...Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) la...ada kata UMNO dan ada juga kata MCA.
"Secara tegasnya saya menolak semua dakwaan tidak berasas ini...saya tak kenal mereka secara peribadi,” katanya pada sidang media di Bagan Pinang.
Chan menyifatkan beliau adalah berbeza dengan calon lain kerana tidak mempunyai bilik gerakan, berkempen dengan jentera yang dianggotai hanya lima orang sahaja dan mempersoalkan  bagaimana  pula timbul tanggapan beliau ditaja. 
Sebelum ini, seorang lagi calon Bebas yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut menafikan dakwaan ditaja Perdana Menteri untuk bertanding pada PRK itu.
Stevie dan Mohd Isa adalah dua daripada lima calon Bebas yang meneNtang calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam saingan tujuh penjuru merebut kerusi parlimen itu.
Calon Bebas lain ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen dan calon wanita tunggal, Lau Seck Yan.
PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR,  bertanding untuk kembali ke Dewan Rakyat.
Pengundi Port Dickson terdiri daripada 43 peratus Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus dari sejumlah 77,750 pengundi keseluruhan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi adalah pada 13 Okt ini, manakala hari pengundian awal 9 Okt.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...