Skip to main content

Terima gelaran Datuk sebab hormat TYT


MELAKA -- “Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob,” kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.

“Penganugerahan tersebut adalah satu penghargaan daripada Yang Dipertua Negeri Melaka atas jasa dan sumbangan yang saya berikan kepada kerajaan negeri dan saya menghargainya,” kata Tey kepada pemberita.

Tey yang juga anggota Exco bagi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar berkata beliau bagaimanapun akur dengan arahan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sekiranya diminta untuk menyerahkan kembali pingat tersebut yang membawa gelaran Datuk.

Katanya sehingga kini, beliau belum menerima sebarang arahan daripada pusat untuk berbuat demikian.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka “sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat”.

Guan Eng berkata CEC DAP akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincangkan perkara itu kerana menyifatkan ia (menerima anugerah) tidak mencerminkan perjuangan parti.

Tey berkata beliau mohon maaf kepada Yang Dipertua Negeri Melaka atas polimik politik yang tular sehingga boleh mencemarkan imej negeri Melaka.

“Saya ingin melafazkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin tertinggi negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan saya juga menghormati Institusi Raja-Raja Melayu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau meminta agar kepimpinan pusat DAP memaklumkan kepada ahli-ahli DAP serta Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Raja dan Yang Dipertua Negeri mengenai larangan semua pemimpin politik DAP daripada  menerima apa-apa anugerah pingat dan darjah kebesaran.

Selain Tey, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Wong Fort Pin turut menerima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) bersempena  sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob pada 13 Okt.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...