Skip to main content

Tiada sesiapa terkecuali daripada undang-undang


BANGKOK -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang-undang.
Setiap orang, tidak kira sama ada dia Perdana Menteri yang sedang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara ataupun raja-raja di Malaysia, mereka semuanya tertakluk kepada undang-undang negara.
“Kami tiada niat hendak membalas dendam kepada sesiapa tetapi semua orang adalah tertakluk di bawah undang-undang, sama ada anda Perdana Menteri yang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara atau di Malaysia, raja-raja juga tertakluk kepada undang-undang negara,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua harinya ke Thailand.
Kerajaan katanya bukan bermain-main.
Dr Mahathir ditanya mengenai banyaknya pertuduhan baru yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Siregar di mahkamah hari ini.
Mereka yang berkenaan didakwa di mahkamah kerana terdapat bukti-bukti terhadap mereka yang boleh dibawa ke mahkamah, kata beliau.
“Saya yakin mereka yang memfailkan pertuduhan-pertuduhan itu tentulah sudah mempunyai bukti untuk menuduh Najib dan yang lain-lain itu di mahkamah atas sesuatu kesalahan yang sangat serius,” katanya.
Selain Najib dan Irwan yang dihadapkan ke mahkamah hari ini, pertuduhan juga dikenakan terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Kesemua mereka dituduh atas pelbagai kesalahan.
Mereka dihadapkan ke mahkamah setelah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berjanji akan membersihkan kecelaruan yang telah ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Perdana Menteri yang juga ditanya sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan beliau seperti dijanjikan, Dr Mahathir berkata:
“Bagi saya, saya akan berundur. Itu janji saya," kata beliau.
Beliau berkata sebaik sahaja Anwar mengambil alih kerajaan, beliau bebas memilih sesiapa sahaja untuk menjadi anggota kabinetnya, lapor Bernama.
Mengenai kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang yang meragut beberapa nyawa minggu lepas, Perdana Menteri mahu pihak berkuasa menyiasat perkara itu.
Semua orang harus berhati-hati apabila hendak membina jalan-jalan raya dan memastikan ia tidak dibina atas kawasan tanah yang tidak stabil atau tanah lembut kerana ia boleh menyebabkan tanah runtuh, kata beliau.
Mengenai sama ada projek untuk membina Terowong Pulau Pinang wajar diteruskan ekoran kejadian tanah runtuh tersebut, beliau berkata, ia boleh diteruskan sekiranya kajian lengkap, siasatan rapi dan kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...