Skip to main content

Tiada sidang media keputusan UPSR, PT3


KUALA LUMPUR -- Tiada sidang media khas akan dibuat bagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Beliau berkata keputusan bagi kedua-dua peperiksaan itu bukan kayu pengukur bagi menilai prestasi pelajar secara keseluruhan sebaliknya ia hanya untuk penilaian dalaman di peringkat sekolah.
"Kementerian Pendidikan mengambil berat mengenai tekanan yang dihadapi oleh pelajar berhubung keputusan peperiksaan. Oleh itu, untuk keputusan UPSR tahun ini kita memang sudah membuat keputusan bahawa kita tidak akan mengadakan sidang media untuk menguar-uarkan keputusan peperiksaan itu.
"PT3 juga sama. Kita harap pelajar memandang perkara ini sebagai satu penilaian untuk membantu ibu bapa dan guru bagj mengetahui tahap prestasi pelajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018 dan Sumbangan Susu Sekolah kepada Murid-murid Sekolah Rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur.
Teo berkata perkara itu turut mengambil kira tekanan yang dihadapi pelajar yang menduduki peperiksaan serta menegaskan kaunseling sekolah perlu fokus dalam memainkan peranan mereka untuk membantu pelajar.
Dalam perkembangan lain, Teo berkata pihaknya sedang menunggu laporan hasil siasatan daripada pihak polis mengenai berita seorang calon PT3 di Pulau Pinang yang ditemui mati.
"Kita tidak menafikan salah satu punca adalah peperiksaan sekolah tetapi laporan juga perlu untuk kita mengetahui cara untuk menambah baik prosedur atau suasana untuk membantu pelajar," jelasnya.
Mengenai majlis hari ini, Teo berkata Dutch Lady Malaysia akan membekalkan susu kepada 40 buah sekolah bagi kira-kira 3,000 murid yang tinggal di PPR di sekitar Kuala Lumpur selama tiga tahun serta melihat hasil perkembangan kesihatan murid berkenaan.
Katanya, berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Feb lepas, 22 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun yang tinggal di flat kos rendah mengalami pertumbuhan yang terbantut, 15 peratus kekurangan berat badan dan 23 peratus obesiti.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...