Skip to main content

Tiba-tiba bunyi kuat dan tanah runtuh


GEORGE TOWN -- “Kami sedang makan di kantin apabila tiba-tiba terdengar bunyi kuat dan melihat tanah itu runtuh membawa bersama semua kontena dan rumah kongsi yang ada di situ." Demikian kata saksi kejadian tanah runtuh di tapak Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini.
Budi Arsil, 35, berkata kejadian berlaku dalam sekelip mata dan dia serta rakan-rakannya yang ketika itu sedang makan hanya mampu melihat.
Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari semalam itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala tiga lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.
Kejadian selepas hujan lebat  sejak petang Khamis hingga tengah hari semalam itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Menceritakan detik-detik cemas ketika runtuhan itu, Budi Arsil berkata tidak sampai seminit kesemua kontena dan rumah kongsi yang didiami mereka itu lenyap ditimbus tanah berserta rakan-rakan yang   sedang berehat di dalamnya.
"Kami semua panik dan ada yang lari untuk selamatkan diri. Keadaan di tapak pembinaan juga menjadi kelam-kabut...kami cuba mencari rakan-rakan yang mungkin terperangkap dalam runtuhan itu.
“Saya tahu ada ramai yang sedang berehat di dalam kontena semasa kejadian…,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya usaha mereka untuk mencari dan menyelamatkan rakan-rakan yang terperangkap tidak  berjaya kerana keadaan tanah runtuh yang teruk.
Budi yang bekerja di tapak pembinaan itu sejak tahun lepas, berkata dia bersyukur kerana kejadian  berlaku selepas lima minit dia turun ke kantin untuk makan.
Kebanyakan pekerja yang berada di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu tidak bekerja berikutan projek tersebut dihentikan sementara.
"Ada anggota keluarga kawan-kawan yang tertimbus sudah mula menangis dan mengambil peralatan untuk korek tanah runtuh kerana mahu menyelamatkan mereka. Saya sendiri pun sedih membayangkan nasib mereka kerana kami di sini seperti satu keluarga," kata rakyat Indonesia itu.
Rakannya Daswi, 24, juga warga Indonesia, pula berkata dia sangat sedih kerana dua rakan sekampungnya iaitu Samsul Asman, 19, dan Bahtiar, 36, terkorban dalam kejadian itu manakala seorang lagi rakan karibnya Subairi masih belum ditemui, lapor Bernama.
"Kami semua kawan rapat. Kami semua berasal dari Sulawesi dan saya bersama Samsul tinggal di dalam kontena yang sama...masa kejadian Samsul beritahu dia tidak mahu makan kerana hendak tidur kerana letih sebab itu saya sahaja yang pergi ke kantin...dua lagi rakan kami tinggal di kontena lain bersama isteri masing-masing," katanya.
Dua mayat iaitu lelaki Indonesia Samsul dan warga Bangladesh Attrul, 35, ditemui petang semalam manakala mayat wanita Myanmar,  Khin Aye Khaing, 33, ditemui pada 1.30 pagi tadi sementara mayat keempat dikenali Bahtiar dari Indonesia dikeluarkan pada 11.55 pagi hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...