Skip to main content

TLDM perlukan helikopter antikapal


LUMUT -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dilengkapkan dengan  helikopter  canggih termasuk yang mempunyai teknologi antikapal selam bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara dalam keadaan terbaik.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata perkara itu wajar diberi perhatian kerana kapal serta kapal selam negara asing menggunakan teknologi terkini serta canggih sehingga memerlukan TLDM mempunyai aset yang hebat untuk membuat pemantauan dari udara. 

Selain itu, katanya penambahan aset helikopter itu juga perlu kerana TLDM hanya mempunyai 12 helikopter jenis Super Lynx dan Fennec yang dilihat tidak mencukupi bagi mengawal perairan negara yang luas termasuk perairan Sabah dan Sarawak. 

“Kita boleh lihat di Laut China Selatan dan rantau-rantau lain, banyak negara telah dilengkapi dengan kapal selam dan kita memerlukan keupayaan helikopter yang mempunyai teknologi anti kapal selam untuk menjejakinya.

“Kita belum mempunyai helikopter anti kapal selam dan berharap kerajaan dapat menyediakan bajet pembelian enam kapal anti kapal selam pada Rancangan Malaysia Ke-12 nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pengiktirafan Kejayaan 10,000 Jam Penerbangan Helikopter Super Lynx Mk 100 di sini.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan enam helikopter jenis Super Lynx milik TLDM yang  berjaya mencapai jumlah terkumpul iaitu 10,000 jam penerbangan pada 31 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Mohamad Adib berkata TLDM bukan hanya cekap menggerakkan aset di laut, malah turut cemerlang mengendalikan aset udara dalam memastikan keselamatan perairan maritim negara terjamin.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan pencapaian Skuadron 501 di bawah Markas Udara TLDM yang berjaya mengendalikan enam helikopter jenis Super Lynx Mk 100 tanpa sebarang kemalangan nyawa sejak ia mula beroperasi pada 2003.

“Mungkin orang ramai hanya mengetahui TLDM hanya dilengkapi kapal-kapal perang tetapi sebenarnya kita mempunyai cawangan udara yang cemerlang.

“Keupayaan juruterbang dan kru penerbangan sentiasa di tahap tertinggi bagi memastikan keselamatan terjamin dan kita mempunyai kru teknikal dan jurutera yang cukup terlatih untuk melakukan pembaikan apabila helikopter mengalami kerosakan,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...