Skip to main content

Tok Pa masuk Bersatu, akhirnya


PETALING JAYA -- Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang bertindak keluar UMNO bulan lepas, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), malam tadi
Beliau menyerahkan borang keanggotaan secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu, yang juga Perdana  Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad serta disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat  majlis  pimpinan  tertinggi  parti  berkenaan  yang berlangsung di sini.
Mustapa turut menerima kad keanggotaan parti daripada Dr Mahathir.
Mengulas penyertaan Mustapa, Dr Mahathir berkata penyertaan Anggota Parlimen Jeli itu dibuat secara sukarela dan bukan atas jemputan parti.
"Saya amat sukacita kerana kita terima keahlian dari bekas tokoh UMNO. Kita telah beri masa kepadanya untuk jadi anggota Parlimen bebas dan setelah kita lihat pendiriannya maka kita setuju beliau layak jadi anggota parti Bersatu," katanya.
Mustapa mengisytiharkan keputusannya untuk keluar UMNO pada 18 Sept lepas selepas 40 tahun berkhidmat di dalam parti itu dengan alasan pendekatan parti berkenaan tidak  lagi  selari  dengan prinsip politik diperjuangkannya selama ini.    
Ditanya sama ada lebih ramai anggota UMNO akan menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata ringkas: "Kami akan lihat."
Sementara itu Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata keputusannya untuk menjadi anggota Bersatu dibuat setelah melakukan penelitian selama beberapa minggu sebagai Anggota Parlimen Bebas dan perkembangan politik semasa.
Katanya wadah perjuangan Bersatu dilihat mampu untuk memberinya peranan lebih besar untuk membela  kepentingan kawasannya di Jeli khususnya, dan Kelantan secara menyeluruh.
"Saya ingin rakam ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin dan saf kepimpinan Bersatu kerana terima kemasukan saya dalam parti," katanya, lapor Bernama.
Beliau juga berharap dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera dan pelan ekonomi yang lebih inklusif.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...