Skip to main content

Tun Mahathir mengaku kecewa dengan Najib


LONDON -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memiliki ciri seperti bapanya Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan individu yang beliau sanjungi.
Dr Mahathir berkata Tun Abdul Razak adalah orang yang begitu prihatin dengan nasib orang kampung termasuk memperkenalkan pembangunan kawasan luar bandar namun anaknya tidak sedemikan.
Menurutnya, Najib tiba-tiba memberitahunya mengenai ‘cash is king’.
"Bila kita kata 'cash is king' bermakna dengan  duit kita boleh buat apa sahaja. Bila tak ada duit, curi duitlah," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.
Beliau turut kecewa dengan kerosakan jentera kerajaan yang berlaku pada pentadbiran Najib apabila terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang berkempen semasa pilihan raya.
Dr Mahathir berkata ketika beliau menjadi perdana menteri pertama kali pada tahun 1981, tiada masalah berlaku dengan jentera kerajaan.
"Tiada masalah, cuma nak buat keputusan berkenaan perkara ini, perkara itu dan perkara ini. Jentera kerajaan berjalan dengan baik," katanya mengenai pengalaman ketika mula menjadi perdana menteri pada 1981 sehingga 2003, lapor Bernama.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil kerusi berkenaan pada 13 Okt ini kerana bilangan calon yang ramai bertanding akan memecahkan pengundi.
Kerusi itu akan melibatkan pertandingan tujuh penjuru termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan sebagai pencabar Anwar.
Ditanya mengenai cara pengosongan kerusi berkenaan, Dr Mahathir berkata ia tidak menyalahi undang-undang walaupun ada yang mempertikaikan dari sudut moral.
"Undang-undang membenarkan wakil rakyat letak  jawatan dan beri jalan pada pihak lain," katanya.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Dr Mahathir berkata kemenangan Anwar akan membolehkannya menjadi Anggota Parlimen.
"Dia bertanding untuk memenuhi kerusi yang kosong. Bila menang dia jadi Anggota Parlimen," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...