Skip to main content

Tunjukkan prestasi berkhidmat kepada rakyat dulu


TAIPING -- Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran oleh pemimpin parti itu, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Beliau berkata tindakan menerima darjah kebesaran tersebut tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu sekali gus akan memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan di negara ini.

“Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri (yang mengurniakan darjah kebesaran) tetapi kenapa pemimpin kita perlu terima pada tahun pertama (mentadbir), tunjukkan prestasi berkhidmat untuk rakyat terlebih dahulu.

“... kalau ini menyinggung mana-mana pihak di luar parti saya minta maaf kerana saya rasa ini amat penting kerana DAP tidak pernah kejar jawatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak yang dihadiri 1,303 perwakilan.

Turut hadir Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kula Segaran dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming. 

Semalam, dua wakil rakyat DAP Melaka iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Hilir Tey Kok Kiew dan ADUN Bemban Wong Fort Pin yang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Minggu lepas pula, dua menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Lim berkata adalah tidak wajar pemimpin parti dari Sabah dan Melaka itu menerima gelaran tersebut sedangkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Pengerusi DAP mendiang Karpal Singh pernah menolak pemakaian gelaran Datuk yang mereka terima dan lebih selesa dengan gelaran ‘Yang Berhormat’.

“Ya, kita hormat dan terima kasih kepada mereka yang nak berikan gelaran tetapi macam di Melaka, (bekas Ketua Menteri Melaka Allahyarham) Tun Ghafar Baba senang digelar sebagai Encik Ghafar Baba, kalau Tun Ghafar Baba sendiri pun tidak terima, mengapa pemimpin kita terima.

“Ketua Menteri Melaka dari Parti Amanah Negara (Adly Zahari) tidak terima juga, mengapa pemimpin kita terima, sebab itu penjelasan diberikan tidak boleh diterima dan akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC.

“Kalau dipilih oleh rakyat, jadi Yang Berhormat, itupun sudah cukup. Bila saya sebut begini, perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan ahli-ahli dan pemimpin tetapi saya rasa perkara ini juga akan disebut kalau Karpal Singh masih ada,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...