Skip to main content

Umat Islam dilarang sertai pesta arak Miri


MIRI -- PAS Sarawak hari ini menggesa kaum muslim supaya menjauhi festival bir yang sedang berlangsung di pantai Coco Cabana di sini mulai Khamis sehingga Ahad.
Pesuruhjaya PAS Selangor Jofri Jaraiee berkata festival itu akan membawa lebih banyak keburukan  daripada kebaikan kerana ia boleh membawa kepada banyak masalah sosial bukan sahaja kepada mereka yang menghadiri festival itu, malah juga kepada orang ramai.
“Contohnya apabila mabuk, mereka mulai hilang pertimbangan, bergaduh sesama sendiri dan boleh membawa kepada kemalangan jalanraya apabila memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahan pula katanya festival bir di bandaraya Miri itu tidak selaras dengan adat dan budaya penduduk tempatan, terutama kaum Muslim, dan minuman itu bukan hanya diharamkan oleh agama Islam sahaja,malah ia turut ditolak oleh agama Kristian dan Buddha.
Sementara itu seorang imam membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada pukul 4.25 petang menggesa pihak yang berkaitan termasuk polis, menghalang kaum Muslim daripada menyertai acara itu.
Imam masjid Darul Ehsan di sini, Abdullah Gani mendakwa laporan polis dibuat selepas beliau berbincang dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota jawatankuasa masjid dari Lutong dan Piasau, serta orang awam.
“Selepas berbincang dan membuat pertimbangan sewajarnya, saya yang mewakili komuniti kaum Muslim di sini mahukan supaya pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Sarawak mengambil tindakan bagi menghalang kaum Muslim daripada menyertai festival itu,” katanya, lapor Bernama.
Bagi mengelak sebarang salah faham, beliau menegaskan bahawa laporan polis itu dibuat dengan tujuan mengingatkan polis dan pihak berkuasa tempatan supaya bertindak terhadap kaum Muslim yang menghadiri festival itu sahaja, dan bukannya terhadap penganjurnya.
Menurut laporan polis yang salinannya diserahkan kepada Bernama hari ini, Abdullah mahukan supaya penganjur meletakkan notis bagi menghalang kaum Muslim daripada menyertai atau memasuki kawasan festival.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...