Skip to main content

Utamakan solat, pasti selamat


PALU (Sulawesi Tengah) -- Mengutamakan kewajipan menunaikan solat menyelamatkan Hamdani yang menjalankan perniagaan sewaan peralatan siar raya daripada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu pada 28 Sept lalu.

Hamdani, 39, yang juga seorang supir (pemandu) berkata, dia mungkin menjadi salah seorang daripada ribuan mangsa bencana sekiranya mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan tuntutan agama itu dan mendahulukan urusan lain.

Solat, itu tiang agama, dahulukannya mengatasi apa sahaja,” kata Hamdani, yang merupakan antara warga Kota Palu yang terselamat daripada bencana itu.

Ketika menceritakan lanjut, bapa kepada tiga orang anak itu membetritahu bahawa pada hari kejadian, kira-kira pukul 5 petang, beliau diminta untuk memasang alat siar raya yang disewa pihak penganjur Festival Pesona Palu Nomoni (Pesta Nomoni) di Anjungan Pantai Talise, di sini.

“Penganjur menghubungi saya menggesa dipasangkan peralatan yang ingin disewa, saya meminta mereka bersabar kerana mahu terlebih dahulu membawa keluarga solat maghrib berjemaah di Masjid Raya Baiturrahim, Palu (Masjid Raya) kerana sudah hampir masuk waktu maghrib.

“Rakan-rakan saya yang menjalankan perniagaan sama akur kepada permintaan penganjur dan terus turun ke anjungan bagi memasang alatan siar raya, namun saya memilih untuk membawa keluarga solat maghrib berjemaah dahulu sebelum meneruskan kerja pemasangan,” katanya.

Menurut Hamdani, ketika beliau bersama isteri dan anak-anak (dua perempuan dan seorang lelaki) sedang menunaikan solat berjemaah di Masjid Raya, ketika itulah gempa bumi dan tsunami berlaku.

“Alhamdulillah, saya dan keluarga selamat kerana masjid tempat kami menunaikan solat itu langsung tidak terjejas, namun, rakan-rakan yang sedang bekerja memasang peralatan ketika waktu maghrib di Anjungan Pantai Talise untuk Pesta Nomoni ketika itu semuanya terkorban.

“Saya percaya, ini semua ketentuanNya, dan seharusnya menjadi pengajaran kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk mengutamakan kewajipan menunaikan solat,” katanya, lapor Bernama.

Gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...