Skip to main content

Mereka bukan orang Melayu


SUBANG JAYA -- Insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi ini tiada kaitan dengan perbalahan sesama kaum India mahupun kaum lain, kata Ketua Sami kuil berkenaan, Jeyakumar Subramaniam
Sebaliknya, beliau berkata ada cubaan provokasi yang sengaja dilakukan pihak tertentu yang mengaitkan kekecohan itu dengan perbalahan kaum.
“Ini bukan pergaduhan dua kumpulan India, sebaliknya yang berada di dalam kawasan kuil ini semasa ia berlaku sebenarnya adalah kaum India dan penganut Hindu (yang berada di dalam kuil) disuruh keluar dari kawasan ini.
“Cara mereka (yang menyuruh keluar) bertutur bahasa Melayu tidak menunjukkan mereka berasal dari sini... they are not Malay (mereka bukan Melayu),” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata insiden itu melibatkan satu kumpulan yang dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu untuk mewujudkan kekecohan.
Beliau menegaskan kejadian itu bukan insiden perbalahan kaum dan masyarakat perlu bertenang serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur perkauman.   
"Saya difahamkan ia berpunca daripada salah faham berhubung isu pampasan dan pengosongan tapak kuil ini. Saya ingin menyatakan bahawa kejadian pagi ini adalah di luar isu perkauman dan mahu masyarakat berhenti daripada meniupkan api perkauman.
"This is not racial issue, this is temple issue (Ini bukan isu perkauman, ini isu kuil), saya mahu pihak polis menjalankan siasaten menyeluruh bagi mengetahui siapa yang membesarkan isu ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kuil berkenaan di sini hari ini.
Setakat 12 tengah hari ini, polis menahan seramai tujuh lelaki bagi membantu siasatan kejadian, yang berlaku 2.30 pagi sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu selain 18 buah kenderaan dan dua buah motosikal dirosakkan dan dibakar.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...