Skip to main content

Najib nafi pernah kata ditipu oleh Jho Low


MARAN -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan pernah menyatakan bahawa beliau mengakui telah ditipu oleh ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam isu 1MDB.
Sebaliknya Najib berkata kenyataan itu telah ‘dikilas’ portal berita berkenaan.
“Saya kata kalaulah dibuktikan (penipuan) maka itulah (benarlah) kita telah ditipu oleh dia. Saya juga nak bagi tahu, saya tidak pernah menafikan saya mengenali dia… saya tidak nafikan.
“Saya katakan saya dengan dia berurusan secara profesional dan saya menggunakan beliau dalam urusan kita dengan Arab Saudi dan Emirah Arab Bersatu (UAE) untuk tarik pelabur ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sembang Santai bersama Mantan Perdana Menteri di Dewan UMNO  Maran di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Menurutnya hasil hubungan baik yang berjaya dijalinkan itu, ia telah memberi manfaat terhadap negara termasuk penambahan kuota 10,000 haji selain penyediaan dua buah pesawat jumbo khas untuk membawa pelajar Malaysia keluar dari negara itu semasa berlaku Arab Springs.
Sebuah portal berita pada Khamis didakwa telah memutar belit temubual Anggota Parlimen Pekan itu bersama sebuah akhbar dengan meletakkan tajuk “Memang Kita Sudah Ditipu Jho Low, Kata Najib’  sebelum mengubah kembali tajuk berkenaan kepada “Mungkin Kita Sudah Ditipu Jho Low, Kata Najib.
Sementara itu Najib percaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengharamkan parti UMNO, walaupun mereka mempunyai kuasa untuk melakukannya.
Katanya, secara asasnya tidak ada sebarang kesalahan besar yang dilakukan oleh parti itu sehingga membolehkan kerajaan PH mengharamkannya.
Najib berkata jika tindakan itu dilakukan ia juga hanya akan mendatangkan masalah kepada kerajaan, lapor Bernama.
"Tidak dinafikan mereka (PH) ada kuasa untuk mengharamkan UMNO, tapi kenalah ada asas yang boleh menyokong tindakan (mengharamkan UMNO), namun dalam bacaan saya, ini tidak akan berlaku (pengharaman UMNO).
“Bagaimanapun usaha untuk 'mencuri' anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sedang berjalan... ada  ditawarkan untuk menyertai mereka (PH) dan ada juga yang diugut jika tidak mengikut, kononnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan mereka,”katanya.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak mempunyai bukti tentang perkara itu dan hanya mendengar cakap-cakap tentang perkara berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...