Skip to main content

OKU kerdil usahawan kebab jana pendapatan sehingga RM8,000 sehari


SERDANG -- Kira-kira 30 tahun dahulu, Ikhsan Sirat, 57, merupakan peniaga burger RM1 di pasar malam namun kini, beliau yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga apabila memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari. 
"Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal. 
"Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri, saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan servis bagus mesti pelanggan akan beli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018.
Malah Ikhsan yang selesa dipanggil 'Wak' menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggannya lebih mudah mengingatinya. 
"Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain," katanya. 
Berniaga burger lebih 10 tahun sejak 1989, Ikhsan kemudiannya beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah dikendalikan selain membuahkan keuntungan yang lebih tinggi. 
"Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak," katanya yang juga bercadang melebarkan sayap perniagaan kepada bentuk francais.
​​​​​Sementara itu, usahawan keropok lekor Wan Norazizah Majid, 40, yang menghidap penyakit saraf Myasthenia Gravis akibat terjatuh membuktikan gelaran OKU bukan alasan untuk tidak berjaya.
Bekas pembantu tadbir di sebuah universiti itu berkata beliau pernah tertekan apabila terpaksa berkerusi roda selama dua tahun lalu, namun tekad untuk bangkit meneruskan kelangsungan hidup. 
"Saya dah biasa hidup normal dan bekerja sebelum ini, jadi bila kena bergerak pakai kerusi roda saya berfikir pekerjaan apa yang boleh dibuat dengan keupayaan sekarang.
"Kemudian saya mendapat latihan di Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan akhirnya buat keputusan untuk membuat keropok lekor," kongsinya.
Beroperasi di Kuantan, Pahang, beliau turut mengusahakan keropok lekor mentah pelbagai perisa bagi menampilkan kelainan untuk bersaing di pasaran.
"Walaupun susah untuk bergerak dan apabila cramp (kejang) saya akan rasa amat sakit dan perlu rehat selain emosi terganggu, namun ia tidak mematahkan semangat saya tetap untuk terus berjaya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...