Skip to main content

Pasukan petugas khas siasat rusuhan kuil


KUALA LUMPUR -- Sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pasukan itu yang dikenali sebagai Op Seafield diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan menggabungkan personel daripada JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawahnya bagi menjalankan siasatan.

“Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan, sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu 21 kereta dan enam motosikal yang telah dibakar, sembilan pisau dan dua bilah parang, tujuh pasang kasut dan tiga vest.

“Pihak polis juga telah menangkap 30 individu terdiri daripada 24 orang Melayu, dua orang India Muslim, tiga orang India dan seorang Cina dan semua mereka telah direman dengan tempoh reman berlainan sementara lima orang individu yang baru ditangkap semalam direman hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberi penjelasan kepada dewan berhubung isu kekecohan di kuil berkenaan yang bermula sejak awal pagi Isnin.

Penjelasan Muhyiddin itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14(1) (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri, lapor Bernama.

Menjelaskan kejadian itu, Muhyiddin berkata sebelum ini pihak pemaju telah mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah di kuil berkenaan sejak 2014 dan terdapat beberapa kali percubaan untuk mengambil alih tanah tersebut namun gagal kerana terdapat bantahan dari kumpulan penganut Hindu.

Justeru pada hari kejadian (26 Nov) sekumpulan orang lelaki Melayu terdiri daripada 50 orang, yang menerima arahan daripada beberapa individu yang bekerja dengan syarikat One City Development Sdn Bhd dengan bayaran antara RM150-RM300, menceroboh masuk ke dalam kuil untuk tugas mengosongkan kawasan itu bagi tujuan kerja-kerja pengambil alihan kuil. 

“Lanjutan itu, polis menahan reman seorang penguam dalaman syarikat yang disyaki terbabit dalam mengupah lelaki Melayu melakukan pencerobohan ke atas kuil...polis juga telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan peranan dalam isu tersebut dan mereka akan dipanggil untuk proses siasatan selanjutnya.

“Motif kejadian telah dikenalpasti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...