Skip to main content

Ada kesan sisa belerang pada mayat


IPOH -- Kebakaran yang mengorbankan enam individu di sebuah rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, dekat sini, semalam, dipercayai berpunca daripada letupan bunga api.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, SAC Yahaya Abd Rahman, berkata, kesan dan sisa letupan bunga api itu boleh dilihat pada semua mayat yang melecur sehingga 90 peratus.
"Mayat kebanyakannya ada kesan belerang, kesan bahan letupan daripada bunga api yang menjadi punca letupan di tempat kejadian sehingga mangsa melecur di tubuh.
"Bagaimanapun, laporan penuh dijangka akan diterima dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini. 
Tanpa mendedahkan identiti mangsa, Yahaya mengesahkan seorang daripada yang maut adalah pemilik premis, manakala lima lagi merupakan pekerja sambilan dengan empat daripadanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu.
Difahamkan mereka yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada P.Thiagarajun, 40 yang dipercayai pemilik premis; Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16, Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15, Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16, Ahmad Faizal Amiruddin, 16, dan Mohamad Azhar Shah Rosli, 19.
"Empat pelajar itu, (semalam) hari pertama kerja kerana hendak mencari wang saku sempena cuti sekolah, tapi tragedi berlaku, amat malang amat sedih," kata Yahaya, lapor Bernama.
Menurutnya, bedah siasat ke atas keenam-enam mangsa yang bermula sejak pukul 9 pagi tadi telah selepas pada 3.30 petang ini, namun keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan mengambil masa.
Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat kecuaian dan salah laku jenayah dalam insiden tersebut kerana premis yang terbakar tidak menjalankan perniagaan berkaitan dengan bahan letupan, namun terdapat sisa letupan seperti mercun dan bunga api di lokasi.
Justeru,  pihaknya akan memanggil pemilik sebuah premis yang menjalankan perniagaan bahan letupan seperti mercun dan bunga api di sebelah unit terbakar untuk memberi keterangan. 
"Dia (pemilik) akan beri keterangan esok kepada polis...kita hendak tahu apa kaitan beliau dengan premis yang terbakar semalam," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...