Skip to main content

Bekas CEO TH Heavy Engineering diperintah bela diri


KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE) diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima tuduhan pecah amanah dan empat tuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Madihah Harullah membuat keputusan tersebut terhadap Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh dan menetapkan 13 sehingga 15 Feb tahun depan untuk tertuduh membela diri.
Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah bahawa lima saksi pembelaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan  tertuduh akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Pada 2 Mac lalu, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah melibatkan lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, 430,000, RM600,000 dan RM575,800 yang keseluruhannya berjumlah RM2.58 juta di pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd,  Tingkat 23, Tower B, Menara UOA, Bangsar, di sini antara April dan Oktober 2013. THHE merupakan syarikat bersekutu Tabung Haji. 
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM430,000 dan RM570,000 hasil aktiviti haram daripada pengarah syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, dan pengarah syarikat RL Offshore Sdn Bhd, Hanaffi Daud di pejabat THHE Fabricators Sdn  Bhd dan Restoran Leaf Dining, No. 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, antara pukul 2 dan 4 petang, 27 Jun 2013 dan 1 Jun 2013.
Nor Badli Munawir juga dituduh menerima wang tunai berjumlah RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, antara 6 petang dan 8 malam, pada 26 Jun 2013 dan 11 Sept 2013.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Terdahulu, mahkamah  melepaskan dan membebaskan tertuduh atas satu tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM400,000 tanpa memanggilnya membela diri selepas  berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, lapor Bernama.
 Tertuduh didakwa menerima wang tunai tersebut daripada Murhasmee di sebuah restoran di Petaling Jaya, antara 6 petang dan 8 malam, pada 2 Mei 2013. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Thangavelu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...