Skip to main content

Beringatlah kalau nak tukar tayar di lebuh raya


SEREMBAN -- Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 269.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, selepas susur keluar Plaza Tol Ainsdale di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah ACP, Thiew Hock Poh berkata kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah lori tiga tan. 

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bersama seorang isteri dan tiga anak perempuannya dari arah Jempol ingin menuju ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan di bahagian tayar sebelah hadapan kanan. 

“Akibat kerosakan yang dialami, pemandu memberhentikan kenderaan beliau di laluan kecemasan dan menukar tayar yang rosak. Ketika menukar tayar, sebuah lori tiga tan yang tidak membawa apa-apa muatan yang juga berada di lorong kiri telah hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang kanan kenderaan Perodua Alza dan terbabas ke kiri bahu lebuh raya dan memasuki longkang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

“Akibat daripada kemalangan ini juga, pemandu kereta yang dilanggar lori itu meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala kesemua mangsa lain dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima pemeriksaan dan rawatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...