Skip to main content

Biodiesel untuk kenderaan diesel mulai 1 Februari


PUTRAJAYA -- Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel B10 – iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil – dalam sektor pengangkutan untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel mulai 1 Feb tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata penggunaan 10 peratus biodiesel sawit di Malaysia bagi kenderaan seperti pacuan empat roda, lori dan bas akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida setara setahun.
Program B10, katanya, akan menyumbang kepada pengurangan pembebasan gas karbon dioksida sebanyak 10 peratus daripada jumlah kenderaan diesel setahun di negara ini.
"Kualiti udara terutamanya di kawasan bandar akan turut meningkat melalui penggunaan biodiesel dengan pengurangan pelepasan debu dan asap hitam ke udara. 
"Pelaksanaan Program B10 adalah tepat pada masa ini memandangkan harga biodiesel sawit yang rendah berbanding dengan diesel petroleum," katanya melancarkan Pelaksanaan Program Biodiesel B10 di Sektor Pengangkutan di Dataran Putra.
"Saya yakin program B10 untuk sektor pengangkutan akan berjalan dengan lancar dan dapat meningkatkan permintaan minyak sawit dalam negara mulai Disember 2018,” katanya.
Dr Mahathir turut meminta pengeluar kenderaan dan pengeluar peralatan tulen (OEM) bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan Program B10 termasuk sebarang program biodiesel pada masa akan datang.
"Malaysia perlu meningkatkan kadar adunan lebih tinggi pada masa hadapan bagi mengukuhkan permintaan domestik minyak sawit," katanya.
Memberi contoh Indonesia yang telah melaksanakan program B20 – iaitu adunan 20 peratus biodiesel sawit dan 80 peratus diesel fosil – dalam sektor pengangkutan tanpa sebarang masalah sejak 2016, Dr Mahathir berharap semua pihak bersedia untuk meningkatkan kadar adunan kepada B20 menjelang 2020.
"Penggunaan biodiesel sawit akan memberi impak yang positif terhadap industri sawit melalui pengurangan stok minyak sawit dan seterusnya menstabilkan harga minyak sawit. Melalui usaha ini, pekebun kecil sawit seramai 650,000 akan terus menikmati harga sawit yang lebih stabil dan meningkatkan pendapatan,” katanya.
Program Biodiesel negara juga akan membantu negara mencapai objektif mobiliti karbon rendah seperti yang digariskan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), katanya.
Dr Mahathir juga mahu program biodiesel diberi perhatian serius dalam Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) yang sedang dirangka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 
"Kita seharusnya memastikan pada masa akan datang, hanya kenderaan diesel yang boleh menerima biodiesel lebih daripada 10 peratus dijual di Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri berkata industri sawit Malaysia juga harus berani meneroka pasaran baru dan membuktikan bahawa kualiti minyak sawit di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan kerajaan akan terus berusaha menangkis semua tuduhan yang dilemparkan kepada minyak sawit sebagai punca kemusnahan hutan dan biodiversiti melalui apa sahaja cara yang mampu dilakukan.
Bagi mengatasi tuduhan itu, perdana menteri berkata kerajaan sudah mengambil inisiatif untuk mewujudkan skim pensijilan mampan seperti  Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) namun negara pengimport terus berdegil dengan mengenakan pelbagai sekatan ke atas minyak sawit.
“Saya ingin menegaskan, kerajaan akan terus memelihara alam sekitar di mana pada ketika ini litupan hutan di Malaysia merangkumi kira-kira 55.3 peratus daripada keluasan negara.
"Ini melebihi komitmen kerajaan melalui ikrar pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992 untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus tanah di Malaysia dilitupi hutan,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir telah memandu sendiri kereta berenjin diesel iaitu Peugeot model 508 yang menggunakan biodiesel B10 dari pejabat beliau di Perdana Putra ke tapak majlis pelancaran.
Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut merasmikan pengedaran biodiesel di seluruh negara di seluruh negara secara simbolik dengan upacara pelepasan lima buah lori tangik dari Petronas, Shell, Petron, BH Petrol dan Caltex. 
Sementara itu, menurut Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengadakan ujian penggunaan lapangan sejak Ogos lalu termasuk kenderaan yang dipandu oleh perdana menteri tanpa sebarang masalah melibatkan penggunaan 150,000 liter biodiesel B10.
Katanya penjualan biodiesel B10 pertama bermula hari ini ditawarkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melalui Stesen Jet Melati di Gombak, Selangor, lapor Bernama.
Biodiesel berasaskan sawit adalah tenaga boleh baharu yang dihasilkan oleh tanaman sawit yang diusahakan secara mampan, dan penggunaan satu  tan biodiesel berasaskan sawit adalah bersamaan dengan pengurangan pelepasan tiga tan gas karbon dioksida di udara, katanya. 
Penggunaan biodiesel sawit secara mandatori di Malaysia telah dimulakan pada 2011 dengan Program B5 (adunan 5 peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum) bagi sektor pengangkutan. 
Kandungan biodisel sawit ditingkatkan kepada tujuh peratus bermula November 2014 secara berperingkat, dan pelaksanaan program B10 bagi sektor pengangkutan bermula pada 1 Dis lepas. B10 akan dilaksanakan secara mandatori pada 1 Feb tahun depan, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...