Skip to main content

BN yakin pertahan Cameron Highland


KUANTAN -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan di kawasan itu.
Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian memandangkan calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu Datuk C. Sivarraajh akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pilihan Raya membatalkan kemenangannya pada Jumaat.
“Pada masa itu lima penjuru, pada PRK akan datang kita tidak tahu berapa penjuru…kita tunggu dan lihat. Masih terlalu awal untuk buat andaian, rayuan pun belum dikemukakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran KPJ Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang BN memenangi kembali Parlimen Cameron Highlands sekiranya PRK diadakan berikutan majoriti tipis yang diperolehi calon BN itu sebelum ini.​​​​​​​
Bagaimanapun Wan Rosdy berkata sebagai persediaan, beliau akan memanggil mesyuarat BN negeri dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara itu selain strategi yang akan diatur mengekalkan kemenangan sekiranya PRK diadakan.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Sivarraajh memenang kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi), lapor Bernama.
Manogaran, 59, bagaimanapun memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu dengan memohon pengisytiharan bahawa keputusan PRU-14 kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, berikutan mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.​​​​
Berikutan itu Mahkamah Pilihan Raya semalam mengisytiharkan keputusan pilihan raya Parlimen Cameron Highlands pada Mei lalu yang dimenangi Sivarrajh adalah terbatal dan tidak sah selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan calon BN itu.​
Sementara itu seramai 80 kanak-kanak berumur daripada tiga hingga 12 tahun dari sekitar daerah ini menyertai program berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh KPJ Pahang itu  dengan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Yasser Arafat Ishak.
Sebahagian besar daripada kos program berkenaan ditanggung oleh KPJ sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) pusat perubatan berkenaan dengan ibu bapa hanya perlu membayar kos sebanyak RM50 untuk menyertai program berkenaan yang dijayakan menggunakan khidmat 10 doktor pakar dan 100 kakitangannya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...