Skip to main content

Dakwaan Singapura tidak betul


PUTRAJAYA -- Malaysia mendapati bahawa dakwaan Singapura adalah tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah ke atas Pelabuhan Johor Bahru tidak sekali-kali mencerobohi ke mana-mana bahagian Singapura, demikian menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.
Perkara ini merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Menteri Pengangkutan Singapura berhubung perkara itu semalam, Loke berkata Malaysia seringkali dan tetap memelihara kedaulatan perairan agar sentiasa berada dalam had pelabuhan dibenarkan bagi Pelabuhan Johor Bahru.
Loke menjelaskan bahawa Singapura pada beberapa tahun lepas melaksanakan tebus guna  tanah secara besar-besaran di kawasan berkenaan yang dipersoal dan ia undang-undang lapuk  bahawa tebus guna tanah itu tidak melepasi garis asas negeri dan/atau garis tapak.
Mengikut undang-undang antarabangsa, sempadan laut Singapura kekal tidak berubah meskipun  pelaksanaan tebus guna yang dijalankan itu hampir melepasi had luar sempadan laut Singapura, katanya.
"Oleh demikian, pengubahan had pelabuhan bagi Pelabuhan Johor Bahru masih dalam sempadan air Malaysia dan jelas dalam hak Malaysia untuk menggariskan sebarang had pelabuhan dalam sempadan air kita menurut undang-undang kebangsaan kita sendiri,” katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan “National Aviation Council Engagement” yang pertama kali.
Semalam (4 Dis), kerajaan Singapura dengan keras membantah tindakan Malaysia melebarkan  sempadan pelabuhannya, dengan mendakwa bahawa ia akan menjejaskan kedaulatan dan undang-undang antarabangsa, dan berkata ia tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap  pencerobohan dan aktiviti yang melanggari peraturan.
Kementerian Pengangkutan Singapura mendakwa bahawa kapal dan kapal tangki dari Malaysia telah berulang kali mencerobohi kawasan sempadan perairan Singapura berdekatan Tuas sejak dua minggu lepas, termasuk kapal dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.
Loke juga menekankan bahawa Malaysia telah mengambil langkah berhemat bagi tindakan tegas  untuk memaklumkan pengubahan itu menerusi Warta Kerajaan Persekutuan dan mengeluarkan Pekeliling Pelabuhan dan Notis kepada Marina.
"Ia juga dalam hak Malaysia sebagai negara yang berdaulat untuk melaksanakan penguatkuasaannya dan agensi yang berkenaan di sempadan lautnya, lapor Bernama.
"Amalan ini konsisten sepenuhnya dengan undang-undang antarabangsa dan yang demikian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia tidak mencerobohi mana-mana bahagian Singapura,” kata Loke.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...