Skip to main content

Di sebalik banglo mewah di perumahan elit


SERDANG -- Tindakan sindiket perjudian atas talian yang berselindung di sebalik kawasan perumahan elit di sini, terbongkar apabila markas sindiket itu diserbu polis petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam serbuan pukul 4.10 petang itu, pihaknya berjaya menahan 32 warga China termasuk tiga wanita yang dipercayai mangsa pemerdagangan orang.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 dan 52 tahun yang dipercayai dipaksa menjadi pengendali permainan judi atas talian itu.
"Kita juga merampas beberapa peralatan yang digunakan bagi kegiatan itu seperti beberapa telefon bimbit serta 16 set komputer dan tiga modem," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan itu di sini.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati sindiket ini menjadikan banglo mewah empat tingkat ini sebagai pusat operasi dan asrama bagi pekerja.
"Siasatan kita mendapati sindiket yang telah beroperasi hampir sebulan itu menyasarkan pemain judi dari luar negara terutamanya dari Hong Kong, China dan Taiwan.

"Sepanjang sindiket ini beroperasi, mereka telah menerima petaruhan berjumlah RM15 juta," katanya.​​​​​​
Fadzil berkata serbuan itu turut membawa kepada penemuan dua lelaki warga China berusia lingkungan 20-an dalam sebuah bilik di tingkat empat banglo itu dalam keadaan beberapa anggota badan cedera akibat didera selain kaki mereka turut diikat.
"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai telah ditawarkan pekerjaan di negara ini namun ditipu dan dipaksa menjadi operator perjudian atas talian," katanya.​​​​​​​
Tambah Fadzil, pihaknya akan menjalankan siasatan mengesan ketua sindiket, pemilik banglo dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam operasi perjudian atas talian itu.
Kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...