Skip to main content

Equanimity akan dijual sebelum hujung Mac


KUALA LUMPUR -- Sherif Mahkamah Admiralti akan mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan fasa kedua penjualan kehakiman melalui triti persendirian kapal pesiaran mewah 'Equanimity’ untuk memuktamadkan penjualan sebelum 31 Mac 2019.
“Harga sembilan angka yang diminta akan dimaklumkan atas permohonan, sebaik sahaja kelulusan mahkamah diperoleh," demikian menurut kenyataan daripada pasukan perundangan mewakili kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikatnya.
"Sherif Mahkamah Admiralti berpendapat dengan meneruskan peringkat kedua proses penjualan kehakiman akan memberi manfaat dalam mendapatkan nilai optimum bagi Equanimity," menurut kenyataan itu merujuk kepada kapal mewah yang pernah dimiliki ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low,
Pada 24 Ogos lepas, Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur memerintahkan penjualan Equanimity.
Sebagai sebahagian daripada proses penjualan kehakiman, tawaran bidaan Equanimity telah dibuka pada 29 Okt 2018, ​​​​​​secara bidaan tertutup melalui Burgess, broker pusat yang dilantik oleh mahkamah.
Menurut kenyataan itu, proses penjualan kehakiman berkenaan dibuka selama sebulan, dan telah menarik minat banyak pihak untuk membeli kapal mewah tersebut.
Publisiti dan iklan meluas untuk jualan, melalui pelawaan tender awam secara bidaan tertutup, merupakan aspek penting dalam proses penjualan kehakiman untuk pemindahan hak milik kepada pembeli, menurut kenyataan itu.
Sherif Mahkamah Admiralti kini mempertimbang pelbagai aspek tawaran yang diterima pada tarikh akhir pengemukaan bidaan pada 28 Nov, 2018.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...