Skip to main content

Gaduh pasal mnasi lemak RM2


KUANTAN -- Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas bagi membantu siasatan pergaduhan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, yang videonya tular di laman sosial sejak semalam. 
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 44 dan 32 tahun ditahan secara berasingan bermula malam semalam hingga awal pagi ini, di sekitar Kuantan dan Maran.
"Lima suspek ditangkap pada 8.30 malam semalam, semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran. Seorang lagi suspek ditahan pada 9 malam semalam di hadapan kedai serbaneka di Inderapura di sini, yang kemudiannya turut didapati positif dadah. 
"Tangkapan terakhir melibatkan pemandu bas yang berusia 32 tahun di IPD Kuantan pada pukul 1.15 pagi tadi," katanya kepada pemberita.
Mohamad Noor berkata semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi tujuan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Mohamad Noor juga mengesahkan pemilik gerai di R&R itu telah membuat laporan polis mendakwa dua pembantu kedainya ditampar, dicekik dan ditendang oleh seorang pemandu bas yang sering makan di kedai itu akibat salah faham.  
"Pengadu mendakwa pekerjanya dikasari sedemikian selepas meminta pemandu bas itu menjelaskan bayaran RM1 bagi mencukupkan harga nasi lemak yang dijual RM2. Bagaimanapun, dia tidak mahu tindakan diambil kepada pemandu bas kerana mendakwa pekerjanya tidak mengalami kecederaan serius," katanya. 
Mohamad Noor menambah pembantu kedai makan berkenaan semasa disoal, mendakwa tidak mengetahui kejadian pemandu bas itu dipukul mahupun mengenali lelaki yang dilihat dalam video berkenaan, lapor Bernama.
Katanya, pemandu bas itu juga membuat laporan polis di Kuala Terengganu, Terengganu pada 3.30 petang semalam, mendakwa dipukul beberapa lelaki tidak dikenali kerana megesyaki disebabkan aduan pembantu kedai tersebut. 
Semalam, video berdurasi seminit 48 saat tular di laman sosial menunjukkan pergaduhan di R&R Gambang arah Timur pada 1.30 pagi, 24 Dis yang dikatakan berpunca daripada salah faham. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...