Skip to main content

Kerajaan tidak akan melabur dalam projek kereta nasional ketiga


BUTTERWORTH -- Tidak ada sebarang keputusan untuk kerajaan membuat pelaburan dalam projek kereta nasional ketiga, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata projek kereta nasional ketiga itu memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar dan disebabkan itu memerlukan penglibatan pelaburan swasta.​​​​​​​
Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Sehingga sekarang pihak kerajaan dalam Belanjawan 2019 pun tidak ada peruntukan sedemikian (melabur wang untuk membina kereta nasional ketiga), tapi ini hanya untuk R&D. Apa salahnya kita buat R&D, sekiranya ia berhasil boleh guna untuk Proton ataupun DRB-Hicom...tak semestinya untuk kereta ketiga. Melainkan bila ada pelaburan swasta itu kita boleh guna (untuk projek kereta nasional ketiga).
"Nak bina kereta nasional ketiga pelaburannya ialah berbilion-bilion USD bukanlah RM10 juta atau RM20 juta. Ini kita harus ambil peringatan...untuk mereka, pihak yang cuba kaitkan yang bukan-bukan kita harap jangan buat andaian berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan naik taraf Kaunter Aduan Balai Polis Butterworth.
Lim berkata demikian bagi membidas kenyataan beberapa pihak termasuk pembangkang yang mendakwa kerajaan akan melabur dalam projek kereta nasional ketiga itu.
Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan cadangan mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.
Lim berkata R&D adalah sesuatu yang harus digalakkan dan kerajaan amat menggalakkan mana-mana pihak untuk menjalankan R&D dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berinovasi, lapor Bernama.
"Sebagai contoh, kalau kita buat R&D dalam bahan-bahan berkaitan dengan 'aerospace' adakah ini bermakna kita nak bina kapal terbang sendiri. Ini kerana teknologi sekarang bukanlah 'stand alone' ia pun ada berkaitan, ada hubungan dengan yang lain-lain. Itulah sesuatu bidang inovasi.
"Sekiranya kementerian nak labur menggunakan peruntukan mereka dalam R&D, saya rasa itu tidak ada masalah. Tapi janganlah pula kaitkan ini adalah menunjukkan kita nak bina kereta nasional ketiga," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...