Skip to main content

Lebih 63,000 warga asing disenarai hitam memasuki Malaysia


KUALA LUMPUR -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyekat kemasukan kira-kira 63,000 warga asing ke negara ini atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan telah disenaraihitam sejak 1 Jan tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata tiada jaminan bahawa warga asing yang telah mendapat eVisa dan eEntri melalui talian boleh terus masuk ke negara ini kerana tapisan dan semakan turut dibuat di semua 137 pintu masuk darat, air dan udara negara. 
“Saya ingin jelaskan eVisa yang dikeluarkan oleh Imigresen dan vendor yang terlibat dalam aspek mentadbir urus eVisa dan eEntri bukan syarat mendatori atau membolehkan mereka masuk begitu sahaja.
“Kita (JIM) teliti juga sama ada mereka itu telah disenarihitam atau ada rekod jenayah dan sebagainya, maka di pintu masuklah kita akan membuat tindakan Menolak Kemasukan (Not To Land – NTL),” katanya.
Beliau berkata mereka yang dikenakan tindakan NTL akan diarahkan kembali semua ke negara asal apabila tiba di pintu masuk negara. 
Menurutnya, pihak JIM turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi maklumat perisikan melibatkan warga asing yang mempunyai rekod jenayah ataupun terbabit dalam sebarang kegiatan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.  
"Melalui sistem yang kita ada sekarang, kita boleh lihat mereka yang mempunyai rekod senaraihitam dan bermacam sebab seperti guna pas lawatan sosial tapi masuk ke Malaysia untuk bekerja,” katanya, lapor Bernama.
Pada 15 Nov lalu pihak PDRM memaklumkan tentang kelemahan dalam sistem eVisa di JIM yang menyebabkan mereka yang disenaraihitam dan dengan rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kelemahan itu memberi ancaman besar kepada negara dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan sebuah akhbar tempatan semalam.
Dalam pada itu Mustafar berkata sejak 1 Jan hingga hari ini seramai 45,000 Pendatang Asing Tanda Izin (PATI) telah ditahan kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...