Skip to main content

Lima mangsa kebakaran dikebumi dalam satu liang lahad


IPOH -- Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, semalam bersetuju supaya jenazah anak mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 petang itu, mereka yang dipercayai terkorban dikenali sebagai Mohd Nor Aiman Abdul Rahman,16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzuddin Mohd Kamari,16; Ahmad Faizal Aminuddin,16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19, yang semuanya berasal dari Menglembu.
Turut dipercayai maut P. Thiagarajun, 40, yang juga pemilik perniagaan dari Buntong di sini.
Seorang bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, ketika ditemui pemberita memaklumkan kesemua keluarga mangsa sudah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk mengebumikan anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, Menglembu di sini.
“Kami harap proses pengecaman mayat dapat diselesaikan secepat mungkin agar dapat dikebumikan dengan segera kerana proses pengebumian jenazah telah disiapkan,” kata bapa kepada Mohd Nor Aiman itu.
Sementara itu, bapa kepada Mohd Ikhmal Izzuddin, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata keluarga mangsa telah dipanggil pihak hospital untuk memberi sampel darah bagi proses pengecaman mayat.
“Semalam ada lihat jenazah tapi memang tak dapat cam sebab keadaan mayat terbakar teruk, jadi pihak hospital memanggil kami untuk beri sampel darah," katanya, lapor Bernama.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) apabila semua keluarga mangsa hadir bagi proses pengecaman mayat.
Kesemua waris yang mula berkumpul di perkarangan hospital kira-kira pukul 8.30 pagi bagi proses tersebut dilihat gagal menahan kesedihan menceritakan tentang tragedi kepada saudara-mara yang hadir sama.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari melawat keluarga mangsa di sini.
Beliau berkata kerajaan negeri sedia menanggung kos pengurusan jenazah kesemua mangsa selain bantuan kewangan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...