Skip to main content

MB Perak nafi tidak prihatin


IPOH -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan barisan exco kerajaan negeri kurang prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga mangsa kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, Selasa lepas.
Sebaliknya, beliau berkata kelewatan barisan exco melawat keluarga mangsa adalah disebabkan jadual kerja yang padat.
“Saya sendiri pada ketika itu berada di Kuala Lumpur dan dalam keadaan tidak sihat kerana dijangkiti  Influenza A maka saya tidak sesuai untuk berjumpa dengan orang ramai 
Saya tahu yang exco kerajaan negeri masing-masing punyai jadual yang begitu padat saya harap pada masa akan datang apabila kami yang pertama sampai bolehlah juga di laporkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kembali ke Sekolah 2019 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan barisan exco Perak kurang prihatin berbanding exco kerajaan dahulu.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Anggota Parlimen Tambun turut melahirkan rasa sedih kepada anggota keluarga mangsa di atas kejadian itu yang meragut enam nyawa.
Difahamkan mereka yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada P.Thiagarajun, 40, yang dipercayai pemilik premis dan lima pekerja sambilan iaitu Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16; Ahmad Faizal Amiruddin, 16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19. 
Pada program hari ini beliau menyampaikan 1,000 set kelengkapan persekolahan mengandungi beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis.
Kerajaan negeri melalui Yayasan Perak memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan program berkenaan di seluruh negeri bagi meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah dan ramai tanggungan membuat persiapan persekolahan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal mencadangkan semua anggota UMNO untuk meninggalkan parti berkenaan, lapor Bernama.
"Pada pandangan saya semua Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari mana-mana negeri patut keluar parti, UMNO tidak lagi relevan kerana masih mempertahankan perkara-perkara yang ditolak secara nyata oleh rakyat.
Beliau mengulas mengenai enam Anggota Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...