Skip to main content

Panggilan akhir untuk anak Musa Aman


KUALA LUMPUR -- Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Yamani Hafez perlu segera berbuat demikian sebelum hilang kelayakan.
“Beberapa surat peringatan mengangkat sumpah telah dihantar sebelum ini namun tiada maklum balas daripada anggota Parlimen itu. Kita telah tulis surat kepada beliau (Yamani Hafez) dan beri tarikh yang sesuai bukan sahaja untuk dia tetapi Parlimen juga. Terpulang kepada Sipitang.
“Yang terbaharu setakat ini beliau tidak jawab lagi. Kita sudah hantar beberapa surat peringatan dan akan keluarkan surat peringatan terakhir tidak beberapa lama lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen.
Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez ada meminta untuk mengangkat sumpah menerusi persidangan video namun ditolak kerana tiada peruntukan sedemikian dalam peraturan Dewan Rakyat.
Berdasarkan pengiraan enam bulan bermula hari pertama mesyuarat pertama Dewan Rakyat, Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah jawatan sebelum pertengahan Januari depan, lapor Bernama.
Menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Parlimen yang dipilih perlu mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.
Hari pertama persidangan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 ialah pada 16 Julai lalu yang menyaksikan 220 daripada 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah jawatan.
Yamani Hafez, 39, yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, gagal berbuat demikian sehingga kini, malah dilaporkan keberadaannya juga tidak diketahui.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...