Skip to main content

Pemisahan kuasa Peguam Negara perlu undi dua pertiga Parlimen


KUALA LUMPUR -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH)  komited untuk melaksanakan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara namun enggan mengambil risiko ia ditolak jika membawa usul itu ke Parlimen pada masa ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata ini kerana kerajaan mempunyai kekangan kerana tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat kerana cadangan pemisahan kuasa itu memerlukan pindaan Perlembagaan.
“Sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di negara ini, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan untuk meminda perlembagaan, berdasarkan Perkara 159 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga.
"Buat masa ini kita rasa kita tak ada dua pertiga, kita tak nak ambil risiko bila bentang, ia tidak diluluskan. Jadi, setakat ini, ia memang telah dibincangkan tetapi belum ada keputusan untuk membawa perkara ini (ke Parlimen), mungkin akan berlaku, tapi tak tahu bila," katanya pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang meminta kerajaan menyatakan perkembangan terkini mengenai rancangan untuk memisahkan peranan Pendakwa Raya dengan Peguam Negara dan bagaimanakah punca kuasa dan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan.
Mohamed Hanipa berkata pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya terkandung dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan ia telah dilaksanakan di beberapa negara lain.
"Antara sebab kami nak pisahkan kuasa ialah kerana wujudnya konflik kepentingan," katanya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) turut bangun memberi jaminan PAS akan menyokong usul itu sekiranya dibawa kerajaan kerana berpendapat, pemisahan kuasa perlu dipercepatkan.
Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut memberi jaminan anggota Parlimen Barisan Nasional tidak mempunyai halangan untuk memastikan sokongan dua pertiga diperoleh, lapor Bernama.
Mohamed Hanipa juga akan mempertimbangkan saranan Johari dalam soalan tambahannya yang meminta pihak kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang turut melibatkan anggota Parlimen pembangkang bagi membincangkan perkara itu agar ia dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kami akan ambil berat cadangan Sungai Petani, saya akan cuba kemukakan cadangan ini kepada pihak sepatutnya. Bagaimanapun, sekarang ini walaupun kita tidak ada pemisahan itu, tetapi telah ada perubahan besar bila kami melantik Peguam Negara yang baharu.
"Tak pernah terfikir bekas perdana menteri didakwa, sebelum ini kita tengok di Korea sahaja, tapi buat kali pertama rakyat lihat bekas perdana menteri dibawa ke mahkamah...tidak mustahil bekas peguam negara akan dibawa ke mahkamah oleh peguam negara sekarang, tidak mustahil ini akan berlaku kerana kami nak tunjuk kami amat serius dalam perkara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...