Skip to main content

Rebat bil elektrik RM40 untuk miskin tegar 1 Januari ini


PUTRAJAYA -- Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memperuntukkan RM80 juta untuk memberi Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185,000 miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, bermula 1 Januari ini.
Dalam satu kenyataan, MESTECC berkata program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
“Di bawah program ini, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.
“Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik ketua isi rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, ketua isi rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 tersebut,” katanya.
MESTECC berkata Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program baru diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang tamat pada bulan Disember ini.
Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas.
Pengguna-pengguna boleh membuat semakan untuk kelayakan eKasih dan kelayakan menerima bantuan rebat bil elektrik di Portal MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my atau dengan menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.
Pengguna juga boleh membuat semakan kelayakan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan menghubungi pihak Careline di talian 1-300-88-5454 atau membuat semakan terus di Kedai Tenaga yang berdekatan. Bagi pengguna di Sabah, talian Helpline Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ialah 088-515000 / 15454 dan bagi pengguna di Sarawak, talian Customer Care Sarawak Energy Berhad (SEB) ialah 1-300-88-3111.
Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB / SESB / SEB, pengguna boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana Kedai Tenaga TNB / Pejabat SESB / Pejabat SEB yang terdekat bersama salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.
Bagi pengguna yang tidak layak setelah semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih, pengguna diminta merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Data eKasih dibuat secara bancian dan pendaftaran oleh Pejabat-pejabat PPPN/JPP ICU JPM di peringkat negeri.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...