Skip to main content

Singapura diminta tukar laluan penerbangan


KUALA LUMPUR -- Malaysia menggesa Singapura mengubah laluan penerbangan bagi kemasukan dari arah selatan serta menarik balik sistem pendaratan alatan (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata jika laluan penerbangan ILS dibenarkan, Malaysia tidak dapat membina bangunan tinggi di Pasir Gudang selain Pelabuhan Pasir Gudang pula akan lebih terdedah kepada risiko serta pelbagai kekangan.  
“Sebelum ini Lapangan Terbang Seletar tidak menggunakan ILS. Juruterbang boleh mengendalikan pesawat dengan mengelilingi halangan dan tiada peraturan mengenai had ketinggian di kawasan laluan penerbangan. Namun sekarang dikenakan had ketinggian bagi ILS. 
“Dalam hal ini, kawasan yang terjejas adalah seluas dari Pasir Gudang ke utara hingga Ayer Tawar (Johor) dan hampir ke Kota Tinggi.
“Pendirian kita jelas, kita tidak ada masalah dengan Seletar. Namun dari segi laluan penerbangan yang hendak mendarat, ia tidak boleh melintasi ruang udara Pasir Gudang,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.
Catatan itu disertakan dengan video yang menjelaskan alasan Malaysia membantah penggunaan ILS termasuk penimbal ketinggian bagi laluan penerbangan ILS dari lapangan terbang tersebut.
Berdasarkan video itu, ketinggian di Point 1 (tiga kilometer dari Lapangan Terbang Seletar) tidak boleh melebihi 54 meter dan ketinggian maksimum bagi Point 2 (enam kilometer dari lapangan terbang) ialah 145 meter.
Lapangan terbang itu hanya dua kilometer dari Pasir Gudang, lapor Bernama.
“Ini bermakna kren mudah alih pun sudah melebihi had ketinggian. Tambahan pula banyak lagi bangunan tinggi di Johor,” kata Loke.
ILS merupakan instrumen pandu arah yang membantu pesawat mendarat khususnya ketika kebolehlihatan kurang baik.
Pada Isnin, Malaysia menggesa Singapura mendedahkan sepenuhnya maklumat berhubung tatacara ILS di Lapangan Terbang Seletar.
Malaysia sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan Singapura untuk mengguna pakai ILS di lapangan terbang itu kerana menceroboh ruang udara Malaysia. Singapura akan menguatkuasakan ILS pada 3 Jan ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...