Skip to main content

Tanya Aziz Bari


IPOH -- “Awak patut tanya dia (Dr Abdul Aziz Bari ) dulu sama ada tuduhan itu betul atau tidak, baru saya komen,” demikian jawapan ringkas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Saarani  Mohamad  yang seolah-olah menggambarkan Abdul Aziz (DAP-Tebing Tinggi) sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan  menteri besar.
Saarani (BN-Kota Tampan) semasa perbahasan belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata: “Boleh tanya Tebing Tinggi, betul atau tidak betul dia adalah orang yang pergi berjumpa lima orang ADUN (BN) itu?. 
“Saya bertanggungjawab apa yang saya katakan kerana saya kasihkan rakyat Perak. Saya tidak mahu peristiwa memalukan berlaku di Perak lagi. Kita kena ada kerajaan yang kuat,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, Amanah dan Bersatu mendapat 29 kerusi DUN, namun jumlah itu kurang daripada 31 majoriti mudah diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun, ADUN Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) memilih untuk menyertai Bersatu manakala Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah)  menjadi  ADUN  Bebas tetapi menyokong PH sehingga membolehkan pakatan tersebut membentuk kerajaan negeri.
Ahmad Faizal (Bersatu-Chenderiang) kemudian dipilih menjadi Menteri Besar Perak, lapor Bernama.
Komposisi DUN Perak ketika ini terdiri daripada PH yang merangkumi DAP (18), Amanah (6), PKR (4), Bersatu (2), BN (25), PAS (3) dan Bebas (1).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...