Skip to main content

Tiada kompromi merokok di premis makanan


IPOH-- Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan perokok, namun pada masa tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye. 
Beliau berkata larangan merokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Jan depan tidak menghalang perokok untuk merokok, tetapi dengan syarat melakukannya jauh dari kawasan larangan.
“Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya.
Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) meminta kerajaan menangguhkan larangan berkenaan kerana menyifatkan merokok merupakan kebiasaan masyarakat negara ini dan perokok tegar sukar membendung ketagihan itu.
Laporan itu juga menyebut pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka, sekali gus menyukarkan usaha untuk menghalang perbuatan berkenaan.
Dr Lee menegaskan, kementerian tetap melaksanakan larangan merokok itu biarpun terdapat desakan meminta ia ditangguhkan selain sentiasa terbuka untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi menangani sebarang kesulitan. 
Katanya pihak kementerian mengambil maklum pandangan semua pihak termasuk pengusaha restoran, namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan langkah itu diteruskan antaranya kesan mudarat asap rokok. 
“Yang pertama merokok ini merbahaya dan memudaratkan kesihatan bukan setakat kepada perokok malah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.
“Kedua trend golongan remaja yang merokok meningkat jadi kerajaan ambil serius perkara ini dan ketiga pada 2005 kita telah menandatanganj perjanjian dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau  yang menyasarkan negara bebas rokok menjelang 2045," katanya. 
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata tiada syarikat farmaseutikal di negara ini yang membuat kajian untuk menjadikan marijuana sebagai ubat.
Katanya selagi bahan itu tidak didaftarkan di bawah Agensi Regulatori Farmasi Negara  beserta kajian dan bukti lengkap, memiliki atau menjual marijuana adalah salah di sisi undang-undang walaupun untuk tujuan perubatan.
“Apabila kita nak import ubat termasuk panadol kita tidak boleh gunakan kajian luar, kita perlu kajian yang spesifik. Apabila dibuktikan dos dengan penyediaan itu selamat dan berkesan, maka syarikat farmaseutikal boleh import ubat tersebut mengikut dos dan persediaan kajian yang dibuat.
“Di Malaysia yang buat kajian adalah terpencil, kadangkala dia guna dos yang berlainan untuk indikasi yang berlainan tidak ada standard untuk diguna sebagai ubat," katanya. 
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan kerajaan Thailand meluluskan penggunaan ganja dan ketum bagi tujuan perubatan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...