Skip to main content

Tidak mustahil Harimau Malaya tumpaskan Naga Emas


KUALA LUMPUR -- Bukan mustahil untuk Harimau Malaya menewaskan Naga Emas sekali gus menjuarai Piala AFF Suzuki 2018, ​namun ia bakal menjadi satu cabaran besar buat skuad Negara.
Keinginan menamatkan kemarau 10 tahun Vietnam untuk bergelar juara dan rekod 14 perlawanan tanpa kalah mereka dalam tempoh dua tahun adalah dua elemen yang menjadi motivasi terbaik skuad kendalian Park Hang-Seo dan dua perkara itu adalah fakta yang tidak boleh diabaikan skuad kebangsaan.
Kali terakhir Vietnam tewas dalam aksi antarabangsa adalah pada 3 Dis 2016 ketika tunduk 1-2 kepada Indonesia dan selepas itu skuad ‘Naga Emas’ cemerlang meraih tujuh kemenangan termasuk menewaskan Malaysia 2-0 baru-baru ini diikuti tujuh keputusan seri sebelum itu.
Edisi Piala AFF Suzuki 2018 juga menyaksikan Vietnam tampil cemerlang dengan sistem pertahanan menjadi kunci kekuatan pasukan dan ia dibuktikan apabila hanya dibolosi dua gol dalam enam perlawanan sebelum melangkah ke pentas final.
Namun, kemampuan skuad Harimau Malaya dibimbing ketua jurulatih Tan Cheng Hoe tidak lagi boleh diragui terutama selepas kejayaan menyingkirkan juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir.
Jika kelebihan Vietnam adalah pada bahagian pertahanannya, keberkesanan jentera serangan adalah kekuatan skuad Harimau Malaya.
Gandingan penyerang Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak-Norshahrul Idlan Talaha membuktikan usia bukan penghalang untuk mereka merobek gawang lawan dalam setiap perlawanan pada kempen kali ini.
Mohamad Zaquan, 31, menjaringkan tiga gol sementara Norshahrul, 32, lima gol dan impak dua penyerang ini dipengaruhi oleh ketajaman gerakan dua pemain sayap iaitu Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 Muhammad Safawi Rasid dan pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh.
Selain itu, Harimau Malaya turut memiliki corak bertahan yang baik dengan pemain tengah memiliki kemampuan menyekat serangan lawan selain benteng pertahanan diketuai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Bagaimanapun, statistik perlawanan tidak boleh diketepikan menjelang aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok, lapor Bernama.
Statistik pertemuan kedua-dua pasukan dalam tempoh 10 tahun sebelum ini dilihat memihak kepada Vietnam dengan jumlah tujuh kemenangan, dua tewas dan seri satu.
Di bahagian serangan, pasukan Vietnam cemerlang mencatat 0.72 peratus jaringan bagi setiap perlawanan dan mengumpul 12 jaringan keseluruhan manakala skuad negara pula hanya mencatat 0.54 peratus untuk setiap perlawanan dengan sembilan gol.
Bahagian pertahanan pula menunjukkan gawang Vietnam hanya dibolosi 0.12 peratus sepanjang lima perlawanan sebelum melangkah ke perlawanan akhir esok, manakala skuad negara pula perlu lebih kental mengekang asakan pasukan itu selepas mencatat 0.18 peratus bolos bagi setiap perlawanan.
Dalam pada itu, tiga tonggak utama penyerang Vietnam yang perlu dirantai barisan pertahanan negara ialah Quang Hai Nguyen, Cong Phuong Nguyen dan Anh Duc Nguyen yang masing-masing telah meledak tiga gol bagi skuad itu pada saingan kali ini.
Sementara bagi pasukan negara, harapan untuk menggegarkan gawang lawan pastinya pada jentera serangan negara yang diketuai oleh Norshahrul yang sudah menjaringkan lima gol dan ketua pasukan, Mohamad Zaquan, dengan tiga jaringan.
Sekiranya Cheng Hoe sudah mengambil kira dan mengenal pasti keupayaan Vietnam, pastinya Malaysia mampu melakar kejayaan manis di hadapan penyokong sendiri sebelum bakal menerima cabaran getir di tempat lawan pada perlawanan akhir kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...