Skip to main content

UMNO lebih baik bubar


KOTA BHARU -- Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik dan mencadangkan agar parti itu dibubarkan.
Mohd Amar berkata cadangan tersebut telah lama disuarakannya malah telah banyak kali diulang dalam ceramah beliau selepas pelbagai kemelut dalaman melanda parti itu.
“Secara realistiknya dari segi masa hadapan apa lagi yang UMNO mampu tawarkan kepada rakyat. Mereka sudah diberikan peluang selama 60 tahun.
"Saya rasa dari segi politik, masa depan UMNO sudah tiada dan sebab itu saya cadangkan ia dibubarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan di Medan Usahawan Kota Bharu.
Mohd Amar mengulas pandangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang’ di Dublin, Ireland baru-baru ini, yang menyifatkan UMNO sebagai bahtera yang telah bocor dan PAS tidak mungkin akan bergabung dengan parti itu.
Abdul Hadi dalam kenyataan itu juga berkata gabungan dengan parti sedemikian hanya akan menambahkan kesulitan, lapor Bernama.
Dalam pada itu Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau mempunyai keyakinan yang optimis terhadap masa hadapan perjuangan PAS.
“Hari ini rakyat sudah melihat kelemahan UMNO. Rakyat juga diberi peluang menilai janji Pakatan Harapan (PH) yang belum ditunaikan selain kemelut dalaman gabungan parti dalam PH. Kita yakin dengan masa hadapan perjuangan PAS," katanya.
Sementara itu mengenai harga petrol dan diesel, beliau berkata  mekanisme penetapan harga bahan bakar itu  bukan sesuatu yang penting dan terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.
Katanya apa yang lebih penting rakyat dapat menikmati harga yang lebih murah dan mampu dibayar.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...