Skip to main content

Wan Azizah dan dua lagi diperintah bayar RM70,000 kepada Felda


PUTRAJAYA -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya bersetuju dengan rayuan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain bagi bayaran ganti rugi fitnah yang dikekalkan pada RM70,000 dan bukannya RM2 juta.
Peguam Francis Pereira memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini perintah persetujuan daripada kedua-dua pihak dalam saman itu, Felda dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah bersetuju dengan rayuan yang dikemukakan oleh kliennya Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat.
Berikutan perintah persetujuan itu, Dr Wan Azizah yang juga bekas Presiden PKR, Syed Husin dan Rusnizam perlu membayar ganti rugi fitnah RM70,000 dan bukannya RM2 juta kepada Felda dan FGV.
Mereka merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda dan FGV berhubung artikel berunsur fitnah dan mereka memohon mahkamah mengembalikan keputusan timbalan pendaftar, yang memerintahkan mereka membayar RM70,000 kepada syarikat berkenaan.
Peguam Nor Emelia Mohd Iszeham yang mewakili Felda dan FGV, berkata beliau tidak membantah rayuan perayu dan menambah syarat perjanjian itu ditetapkan mengikut perintah persetujuan.
Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang mengetuai panel itu menerima perintah persetujuan itu. Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Suraya Othman.
Pada 5 Dis 2017, Mahkamah Tinggi menaikkan jumlah ganti rugi daripada RM70,000 kepada RM2 juta selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh Felda dan FGV.
Pada 13 Feb tahun lepas, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norfauzani Mohd Nordin, dalam menilai ganti rugi itu, memerintahkan Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam membayar RM70,000 kepada Felda dan FGV.
Felda dan FGV memfailkan saman fitnah pada 16 Ogos 2010 berhubung dua laporan berita yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 22 Jun dan 29 Jun, lapor Bernama.
Pada 30 Sept 2014, bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, yang pada mulanya dinamakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan FGV.
Pada 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman memihak kepada Felda dan FGV selepas memutuskan bahawa Felda sebagai badan berkanun mempunyai hak untuk memulakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 15(1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...