Skip to main content

10 kali diserbu pun masih beroperasi


KUALA LUMPUR -- Sebuah premis hiburan di Puchong beroperasi tanpa lesen dan telah 10 kali diserbu polis masih meneruskan operasi seperti biasa seolah-olah semua tindakan penguatkuasaan tidak meninggalkan kesan sebelum ini. 
Awal pagi ini, premis yang menempatkan pusat karaoke dan pub di tingkat bawah itu sekali lagi diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Seramai 24 pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing berusia antara 20 sehingga  30 tahun serta 22 pekerja lelaki, juga rakyat asing, bersama 142 pelanggan ditahan dalam operasi polis yang bermula pada pukul 1 pagi itu.
“Premis ini telah menjangkau usia lima tahun dan telah diserbu sebanyak 10 kali oleh polis namun masih berdegil…,” kata Pegawai Turus D7 Selangor DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin kepada pemberita yang mengikuti operasi di sebuah pusat karaoke di Jalan Puteri 1/4, Puchong di sini.
Beliau berkata polis terpaksa menunggu sehingga 20 minit untuk memasuki premis itu apabila premis berkenaan mematikan muzik, seolah-olah ia tidak beroperasi.
“Macam tutup...kami terpaksa pecah masuk sebab tiada siapa yang respons panggilan kami,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut merampas peralatan audio visual dan resit-resit perniagaan.
Mohd Khaizam berkata GRO terdiri daripada 19 warga Vietnam, tiga warga Laos dan dua rakyat Thailand itu ditemui bersembunyi di sebalik kabinet penyimpanan minuman keras yang mempunyai pintu rahsia. Kesemua mereka didapati menyalah guna pas lawatan sosial.
Kesemua GRO itu dipercayai mengenakan bayaran bermula RM160 untuk tempoh empat jam dan cas tambahan akan dikenakan jika pelanggan ingin menempah lebih awal.
Beliau berkata pekerja asing yang ditahan pula terdiri daripada 19 rakyat Bangladesh dan tiga Myanmar dan kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah(IPD) Serdang untuk siasatan lanjut dan saringan ujian air kencing. Kami mengesyaki mereka (pelanggan) ada terlibat dalam pengambilan dadah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...